Amalan Komunikasi Interpersonal Direktif Guru Bahasa Indonesia Ketika Memulakan Pengajaran

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran komunikasi interpersonal guru (KKIG) ketika memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) daripada aspek komunikasi direktif. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang guru Bahasa Indonesia. Teknik pengutipan data yang digunakan, iaitu pemerhatian. Data dianalisis secara sistematik dengan menggunakan perisian N’VIVO versi 7.0. Dapatan kajian menunjukkan apabila memulakan P&P, guru menggunakan komunikasi direktif perintah dan motivasi ketika mengajar di dalam bilik darjah. Komunikasi direktif ini banyak digunakan sebelum guru memulakan proses P&P.  Keberkesanan penggunaan komunikasi interpersonal direktif ini menjadikan aktiviti P&P bahasa Indonesia lebih menarik dan menyeronokkan di awal sesi P&P.

Kata kunci: Komunikasi interpersonal, komunikasi direktif, pengajaran dan pembelajaran bahasa


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.