Pantun Madihin: Kajian Ciri, Struktur Pementasan, Kreartiviti Pemadihinan, Pembangunan, dan Pembinaannya di Kalimantan Selatan
Abstract
Pantun madihin sebagai salah satu sastera lisan Banjar di Kalimantan Selatan mempunyai ciri dan struktur pementasan yang khas. Kekhasan itu terlihat dari pantun madihin yang boleh juga menggunakan syair dalam pementasannya. Struktur pementasan madihin meliputi pembukaan, memasang tabi, menguran, dan penutup. Kreativiti pemain madihin dalam membuat pantun madihin dan kemahiran memukul terbang (sejenis rebana) sangat diperlukan. Dalam hal pembangunan dan pembinaan madihin, pemerintah daerah, agensi berkaitan, dan masyarakat termasuk institusi pendidikan dan media televisyen sangat menyokong usaha mempertahankan dan pemuliharaan pantun madihin.
Kata kunci: Pantun madihin, sastera lisan, kreativiti, pemuliharaan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.