Pelaksanaan Aktiviti Komunikatif dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes

Abdull Sukor Shaari, Azliza Din

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan aktiviti komunikatif dalam proses pengajaran mereka. Reka bentuk kajian ini ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian yang terlibat ialah tiga guru dan 25 orang murid tahun lima daripada sebuah sekolah kebangsaan di Terengganu. Data telah diperoleh secara intensif melalui pemerhatian dan  temu bual. Kesemua data yang telah dikutip telah dianalisis semasa dan selepas pengutipan data secara induktif. Dapatan kajian telah mengenal pasti tujuh  kriteria yang digunakan oleh guru dalam aktiviti komunikatif semasa pengajaran bahasa Melayu. Kriteria ini adalah pengubahsuaian terhadap kontinum aktiviti komunikatif yang telah diperkenalkan Hamer dan prinsip aktiviti komunikatif Johnson. Tujuh kriteria berdasarkan kesesuaian dalam pengajaran bahasa Melayu ialah hasrat komunikasi, tujuan komunikasi, kandungan bukan struktur, kepelbagaian struktur bahasa, tiada campur tangan guru, tiada pengawalan bahan dan cantuman benda terpisah (jigsaw).Dapatan kajian ini memberikan implikasi terhadap pedagogi mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan pelaksanaan kemahiran mendengar dan bertutur murid sekolah rendah.

Kata kunci: bahasa Melayu, aktiviti komunikatif, kaedah kualitatif


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.