Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah Menengah

Chew Fong Peng, Shashipriya Nadaraja

Abstract


Kajian ini meninjau pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah menengah daerah Petaling. Responden kajian ini terdiri daripada 40 orang guru dan 120 orang pelajar di tiga buah sekolah iaitu sebuah sekolah lelaki, sekolah perempuan dan sekolah campuran. Borang soal selidik diedarkan kepada responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dari segi pelaksanaan adalah memuaskan. Namun begitu, responden guru tidak dapat menilai keberkesanan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran (min 34.4, SP 3.34). Dari segi masalah penerapan KBKK, responden guru bersetuju (min 3.95, SP .74) bahawa pelajar mengambil masa yang agak panjang untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran KOMSAS. Ujian–t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pelaksanaan KBKK dalam pembelajaran mengikut jantina t(120)=.91; p=.05  dan aliran t(120)=.3.41:p=.03). Ujian Anova Sehala yang dijalankan pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan F(3,116)=2.60; p=.05) bagi pelaksanaan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS mengikut kaum. Ini bermakna bahawa aspek jantina, aliran dan kaum mempengaruhi pelaksanaan KBKK dalam pembelajaran KOMSAS.  Justeru pihak pelaksana harus mengambil kira ketiga-tiga aspek itu dalam penerapan KBKK semasa pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah untuk mencapai hasil pembelajaran yang optima.

Kata kunci: KBKK, KOMSAS, Bahasa Melayu, sekolah menengah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.