Penggunaan dan Kekerapan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing

Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Sharala Subramaniam

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa pelajar asing semasa mempelajari Bahasa Melayu. Seramai 500 orang pelajar asing di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dijadikan responden kajian. Responden dipilih secara rawak mudah. Data soal selidik dianalisis secara kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing lebih kerap menggunakan strategi perbendaharaan kata berbanding strategi mendengar, membaca, menulis dan bertutur dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu. Strategi perbendaharaan kata membantu pelajar asing memilih kata yang sesuai untuk digunakan dalam pertuturan.

Kata kunci: Pelajar asing, strategi pembelajaran bahasa, strategi perbendaharaan kata, bahasa Melayu 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.