KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM SALAK DIDIK DENGAN ELEMEN NYANYIAN DAN ELEMEN PANTUN (Higher Order Thinking Skills (HOTS) in SALAK DIDIK Singing and Pantun Elements)

A.Rahman Haron, Jamaludin Badusah, Zamri Mahamod

Abstract


Abstrak: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan SALAK DIDIK diperkenalkan bagi melihat keberkesanannya dalam menguji kemahiran menulis karangan oleh murid tahun empat. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam daerah Hulu Langat dan seramai 74 orang murid yang dijadikan sampel kajian. Seramai 34 orang murid kumpulan kawalan diajar dengan kaedah konvensional atau semasa sementara 40 orang murid kumpulan eksperimen diberikan pendedahan dengan pendekatan SALAK DIDIK.  Dua elemen didik hibur yang diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid iaitu elemen nyanyian dan elemen pantun. Pengumpulan data ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0.Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel berpasangan untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min elemen nyanyian dan min elemen pantun dalam ujian pra dan ujian pos penulisan karangan. KBAT dengan pendekatan SALAK DIDIK menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min elemen nyanyian dan min elemen pantun antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pos.

Kata kunci: Didik hibur, pencapaian, elemen, kemahiran, signifikan.

Abstract: Using SALAK DIDIK technique to determine the effectiveness of Higher Order Thinking Skills (HOTS) in year four students essay writing. The study was conducted in a primary school in the district of Hulu Langat with a total of 74 students as samples. 34 students of a controlled group were taught using the conventional methods while 40 students of the experimental group were exposed to SALAK DIDIK. Two edutainment elements introduced in the teaching and learning song and pantun. Pre-test and post-test data were analyzed using the Statistical Package for the Social Science Program (SPSS) version 20.0. Results were analyzed using paired sample t-test to assess whether there are significant differences in the mean of the elements of singing and poetry mean element in the pre-test and post-test essay writing. HOTS with SALAK DIDIK approach shows a significant difference for the two edutainment elements introduced in the teaching and learning song and pantun mean element between students in the experimental group with a students of controlled group in post-test.

Keywords: Effectiveness, edutainment, elements, achievement skills


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.