KESAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN PENDEKATAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA BAHASA MELAYU (The Effectiveness of Constructivist Approach and Traditional Approach in Teaching and Learning on Malay Language Literature Component)

Syahida Nadia Zakaria

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Komponen Sastera (Komsas) dengan pendekatan tradisional terhadap pencapaian murid tingkatan dua. Sebanyak 66 murid tingkatan dua dipilih sebagai subjek kajian daripada sebuah sekolah menengah di daerah Kluang yang dijalankan menggunakan kajian kuasi eksperimen. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah ujian pra-ujian pasca kumpulan kawalan tidak serupa. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen menggunakan pendekatan konstruktivisme dan kumpulan kawalan menggunakan pendekatan tradisional. Ujian-t telah digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam ujian pra bagi kedua-dua pendekatan, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca, min markat bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding min markat kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu pelajar mempelajari Komsas Bahasa Melayu dengan baik. Implikasi kajian ini ialah guru perlu mengubah suai pendekatan pengajaran mereka agar murid  dapat mempelajari Komsas dengan lebih seronok dan bermakna.

Kata Kunci: Pendekatan konstruktivisme, pendekatan tradisional, Komponen Sastera Bahasa Melayu (Komsas), pengajaran dan pembelajaran, kuasi eksperimen

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.