TAHAP PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH (Level of Using Web 2.0 in Malay Language Teaching Secondary School Teacher)

Suzlina Hilwani Baharuddin, Jamaludin Badusah

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan/pengetahuan guru terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dan keberkesanan Web 2.0 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan kekangan kemahiran Web 2.0 dan Internet dalam kalangan guru. Seramai 208 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di dua belas buah sekolah menengah daerah Kuala Langat telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana, kekangan kemahiran terhadap Internet pada tahap yang rendah, tahap pengetahuan/penggunaan Web 2.0 pada tahap yang rendah dan penilaian terhadap keberkesanan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Rumusannya, guru-guru Bahasa Melayu menyedari penggunaan Web 2.0 dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Tahap penggunaan, Web 2.0, pengajaran guru, Bahasa Melayu, sekolah menengah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.