KESUKARAN MENULIS MANUSKRIP PENYELIDIKAN DALAM BAHASA INGGERIS: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PENULISAN (Difficulty Writing Manuscript Research in English Language: Steps to Improve Writing)

Srijit Dass, Hatta Sidi, Nur Ahlina Abdullah, Ima Nirwana Soelaiman, Raymond Azman Ali

Abstract


Di seluruh dunia, terdapat keperluan yang mendesak untuk menerbitkan hasil kajian dalam jurnal terkemuka yang berimpak tinggi, yang biasanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Salah satu kriteria utama bagi penilaian kedudukan universiti global adalah bilangan penerbitan dan petikan di dalam pangkalan data utama seperti Institut Maklumat Saintifik (ISI) dan Scopus.  Manuskrip mengenai topik bagaimana menulis manuskrip penyelidikan dengan betul sering diterbitkan, namun, tidak banyak penerbitan yang mengajar teknik yang terbaik untuk menguasai penulisan Bahasa Inggeris. Bengkel-bengkel dijalankan bagi membantu penyelidik menulis manuskrip, tetapi terdapat kurangnya penekanan dalam aspek penguasaan tatabahasa dan gaya penulisan. Justeru, ramai penulis muda tidak tahu bagaimana untuk menulis dengan baik. Artikel kajian ini membincangkan secara terperinci kesalahan biasa semasa menulis kertas penyelidikan dalam Bahasa Inggeris dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasinya. In termasuklah tatacara menulis laporan keputusan, memilih kata-kunci yang betul, bagaimana menulis seksyen pendahuluan secara kemas serta membincangkan hasil keputusan secara menarik dan memberi impak. Kami mencadangkan penulis mentelaah serta membuat latihan latih-tubi dengan membiasakan diri menulis dengan ayat-ayat pendek, menggunakan tanda baca yang seimbang dan menggunakan kedudukan subjek dan kata kerja yang betul dalam susunan ayat. Begitu juga, penggunaan ayat-ayat yang menyatakan perbuatan lampau, atau ayat-ayat “past-tense” adalah perlu apabila seseorang penulis itu melaporkan hasil sesuatu kajian serta ditegaskan dengan penggunaan ayat-ayat aktif. Isu penulis hantu dan cabaran mengupah orang lain menulis bagi sesuatu artikel penulisan juga disentuh. Secara ringkas, menulis manuskrip penyelidikan dalam Bahasa Inggeris boleh menjadi mudah jika fakta-fakta yang dinyatakan ini dapat diikuti secara terperinci. Adalah diharapkan agar cadangan-cadangan ini akan dapat membantu para penulis muda menulis dengan baik lalu memudahkan penerimaan manuskrip oleh sidang pengarang jurnal berkenaan.

Kata kunci: Penyelidikan, manuskrip, Bahasa Inggeris, menulis, kecekapan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.