Kajian Reka Bentuk Dan Pembangunan Video Photoshop Dalam Talian Bagi Pelajar PISMP IPGM

Rosnah Ahmad Zain, Rosseni Din

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Video Photoshop dalam talian berasaskan pemupukan kemahiran ICT pelajar PISMP IPGM berorientasikan proses iaitu melalui pengalaman pelajar mengikuti Video Photoshop. Video Photoshop dalam talian dalam kajian ini adalah berdasarkan lima konstruk menggunakan kajian Dr. Ashfahani Zakaria (2014) iaitu (i) Antara Muka. (ii) Kandungan, (iii) Bahasa, (iv) Pedagogi, dan (v) Kefungsian. Metodologi reka bentuk dan pembangunan Video Photoshop adalah berdasarkan enam fasa yang terdapat dalam Model Instruksi (ID) RekaBangunan SPPV IV (Din 2017). Reka bentuk Video Photoshop didasari oleh teori Kognitif dan teori Konstruktivis dan dibangunkan menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Weebly. Metodologi bagi penilaian sumatif Video Photoshop pula menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif yang mana dapatan daripada data kuantitatif. Data kajian kuantitatif ini diproses melalui komputer dengan menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 24 for Windows bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Seramai 40 orang pelajar PISMP IPGM yang mengambil mata pelajaran Multimedia dipilih sebagai peserta kajian mengikut kaedah persampelan bertujuan. Data dipungut dalam tempoh pelaksanaan Video Photoshop melalui instrumen soal selidik, temu bual dan soalan terbuka. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk skor min dan sisihan piawai untuk melihat taburan maklum balas pelajar terhadap konstruk-konstruk yang dinilai. Dapatan kajian menunjukkan modul mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi, mewujudkan persekitaran pembelajaran aktif dan dapat memupuk nilai kreatif pelajar. Secara keseluruhannya, hasil kajian menyumbang kepada satu pendekatan baru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan penggunaan teknologi secara dalam talian dan memupuk kemahiran ICT pelajar PISMP IPGM.  

 


Keywords


Kebolehgunaan, Kemahiran ICT, Kognitivisme, Konstruktivisme

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.