Pembelajaran Peribadi Melalui Teknologi ICT Abad ke-21 ke Arah Kemahiran Boleh Pindah
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat pertalian literasi ICT abad ke-21 dan kemahiran boleh pindah dalam kalangan pelajar IPT. Kajian tinjauan telah dijalankan terhadap 199 orang pelajar pengajian tinggi dalam kalangan generasi Y yang mengikuti program Agrosis di Universiti Sains Islam Malaysia dengan menggunakan instrumen eLiSZTS. Instrument ini telah diuji dari segi kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan analisis RASCH dan Statistical Equation Modeling; Partial Least Square 3.0. Hasil kajian menunjukan terdapat pertalian literasi ICT abad ke-21 dan kemahiran boleh pindah yang menghasilkan model pengukuran pertalian literasi ICT abad ke-21 dan kemahiran boleh pindah. Hasil kajian juga menunjukkan instrumen eLiSZTS dapat dikembangkan dengan penambahbaikan pembolehubah yang digunakan. Kajian ini dapat menambahkan teori kemahiran boleh pindah dan menghasilkan kajian yang lebih komprehensif dalam bidang kemahiran boleh pindah dalam konteks Malaysia pada masa akan datang.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.