Pembinaan Instrumen Amalan Penggunaan Facebook bagi Pelajar Sekolah Menengah Menggunakan Model Rasch

Latifah Zakaria, Aidah Abdul Karim, Mohd Hafiz Mat Jusoh, Mohd Jasmy Abd Rahman

Abstract


Penggunaan laman sosial Facebook merupakan salah satu peralatan penting dalam pembelajaran yang diperibadikan di abad ke-21 ini. Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik amalan penggunaan laman sosial Facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Soal-selidik tersebut mengandungi 30 item yang mengukur tiga konstruk amalan penggunaan laman social Facebook; iaitu tujuan penggunaan, aktiviti penggunaan dan penggunaan peralatan (tools) dan aplikasi laman sosial Facebook. Soal selidik ini telah ditadbir ke atas 50 orang pelajar sekolah menengah di Melaka.  Data telah dianalisis menggunakan program program IBM Statistical Package for Social Sciences versi 19.0 dan Winsteps versi 3.68.2. Dapatan kajian menunjukkan 30 item yang dibina adalah mengikut spesifikasi permodelan Rasch dan boleh digunakan bagi mengukur amalan penggunaan laman sosial Facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan model Rasch boleh membantu penyelidik memperbaiki alat kajian yang telah dibangunkan secara sistematik.


Keywords


penggunaan Facebook; Rasch model; sekolah menengah; Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.