MENEROKAI RUMAH MELAYU MELALUI PELANCONGAN PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY
Abstract
Isu pembangunan luar bandar sering menjadi perhatian dan agenda utama setiap negara. Malahan pihak kerajaan juga sangat memberikan penekanan terhadap peranan dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan kawasan luar bandar secara amnya. Hal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk dan secara tidak langsung dapat membasmi kemiskinan. Salah satunya adalah melalui program homestay yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Meskipun program homestay mendapat sokongan dan galakkan daripada Kerajaan mahupun agensi luar, ianya tetap menunjukkan perbezaan jurang yang sangat ketara. Kajian perbandingan di homestay yang terlibat dilihat menerusi jumlah pelancong ke homestay dan jumlah pendapatan tahunan yang tertinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini akan mengupas faktor-faktor yang menjadi penentu kepada keberkesanan program homestay dan makna sebenar homestay di Malaysia. Penyelidikan yang dilaksanakan adalah untuk melihat rumah melayu melalui Program Pengalaman Homestay dan menilai keberkesanan program di Homestay Negeri Sembilan.
Keywords: Homestay, Pelancongan, indikator keberkesanan homestay, rumah
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.