ANALISA FAKTOR KECACATAN PADA USIA BANGUNAN MASJID TERAPUNG: APLIKASI MATRIKS CONDITION SURVEY PROTOCOL (CSP) 1

Elis Mardzianah Mazlan, Adi Irfan Che-Ani, Asmawan Mohd Sarman, Norngainy Mohd Tawil

Abstract


Kertas kerja ini membentangkan hasil dapatan terhadap masjid terapung, analisa faktor kecacatan pada usia bangunan menggunakan aplikasi matriks CSP 1. Masjid terapung didefinisikan sebagai masjid yang dibina di atas permukaan air laut, perairan muara sungai, kolam mahupun tasik buatan. Masjid terapung dikategorikan sebagai masjid negeri dan juga dijadikan sebagai masjid perlancongan bagi setiap negeri masing-masing. Oleh kerana masjid ini merupakan masjid perlancongan dan aset negara yang penting, maka masjid terapung ini perlulah diselenggara dengan baik dan sistematik agar dapat mengekalkan nilai astetik bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai serta bersesuaian dengan kos pembinaan yang tinggi. Kertas ini membincangkan kajian terhadap lima (5) buah masjid terapung yang dikhususkan pada pembinaan diatas permukaan air laut dan muara sungai sahaja. Pembinaan pada masjid ini adalah berbeza-beza tahun pembinaannya. Matriks Condition Survey Protocol (CSP) 1 digunakan untuk mengukur dan menilai tahap kondisi sesebuah bangunan. Kecacatan dan kerosakan setiap bangunan direkodkan untuk menilai kaitan dengan faktor usia bangunan masjid berkenaan. Tiga perkara utama dikenalpasti melalui analisis Matriks CSP1 iaitu bilangan keseluruhan kerosakan bangunan, markah keseluruhan kerosakan bangunan dan pengkadaran keseluruhan bagi setiap masjid terapung. Analisis yang dijalankan terhadap lima (5) buah masjid terapung mendapati bahawa terdapat 536 bilangan kerosakan pada keseluruhan bangunan masjid dan markah keseluruhan yang diperolehi adalah 4616 manakala pengkadaran keseluruhan pula adalah 8.61 iaitu berada pada tahap yang sederhana. Kesemua buah masjid terapung berada pada pengkadaran yang sederhana baik.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.