PENTAFSIRAN SENIBINA MASJID BERKUBAH DARI SUDUT NILAI MODERNISM

Mastor Surat

Abstract


Penulisan ini bertujuan untuk membuat perbahasan bahawa dalam lunas (principal) Modernism, kubah pada masjid tidak akan digunakan kerana Modernism lebih bersifat functionalist, minimalist dan structuralist iaitu mementingkan peranan, kesederhanaan dan kejujuran dalam penampilan unsur binaan. Tujuan pembentangan kertas kerja ini adalah untuk merangsangkan pendekatan yang lebih jitu dan bernas dalam mentafsir wacana Senibina Islam mengikut pendekatan Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat pelbagai pendekatan dalam senibina yang dianggap sebagai ‘Senibina Islam’, namun ianya seringkali dipersoalkan. Ini adalah kerana kebarangkalian hanyalah berupa rembesan pemikiran Modernist sediada, ataupun menyimpang dari Sunnah Rasulullah S.A.W.. Pendekatan yang cuba untuk digarap dari penulisan ini adalah cuba untuk membangkitkan semula pendekatan al-Hadith, iaitu warisan Rasulullah s.a.w. Adalah diharapkan kertas kajian ini dapat memberi laluan kepada usaha murni kepada pendekatan al-Hadith dalam pentafsiran senibina, kerana pendekatan sebegini tidak pernah mendapat tempat di kalangan pemikir senibina, tidak sepertimana pendekatan Modernist yang telah berlaku pada akhir kurun ke19 di Eropah dan Amerika yang telah menolak pendekatan Revivalism dan Neo Classism.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.