LORONG BELAKANG: KAJIAN AWALAN KEBERKESANAN HUBUNGAN SOSIAL-RUANG DI PERUMAHAN TERES, NILAI NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA

S. F. MdLias, N.M. Tawil, I.M Usman, M.M Tahir

Abstract


Lorong belakang di perumahan teres amnya dilihat dari aspek negatif permasalahan jenayah dan kebersihan. Kualiti hidup penghuni  rumah perlu diutamakan dari aspek kesihatan, pengudaraan, pengcahayaan dan alam sekitar.  Hubungan sosio budaya, agama dan privasi bagi penghuni rumah kurang diambil kira dalam merekabentuk ruang lorong belakang deretan rumah  yang bersesuaian. Rekabentuk lorong belakang perumahan teres  di Malaysia dilihat kurang relevan dan merupakan faktor terhadap  penurunan kualiti kehidupan penduduk yang menjerumus kepada permasalahan  sosial  setempat. Penyelidikan dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan hubungan sosial- ruang ;  faktor-faktor saling kait rekabentuk lorong belakang serta keberkesanannya dalam kualiti kehidupan masyarakat. Fokus penyelidikan  akan bertumpu kepada kawasan perumahan teres di daerah Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia . Tujuan penyelidikan awalan untuk menentukan elemen-elemen utama yang perlu dinilai dalam rekabentuk lorong belakang yang bersesuaian  untuk pembentukan sosio budaya ke arah kehidupan lestari. Sebanyak 25 responden telah diterima dari 40 borang kaji selidik yang diedarkan secara rawak. Beberapa aspek yang diteliti berdasarkan respon dari  penghuni rumah merangkumi bentuk fizikal, bentuk aktiviti dan kepenggunaan,serta permasalahan keselamatan, kesihatan, dan keselesaan dari persepsi penghuni. Penemuan menunjukkan terdapat beberapa jenis fizikal rekabentuk lorong belakang  yang berbeza , tidak digunakan, sepi dan  kurang penyelenggaraan . Walau bagaimanapun responden terhadap keperluan  elemen hijau di lorong belakang amat menggalakkan . Dengan responden ini, dilihat lorong belakang amat berpotensi bertindak  sebagai  kawasan pemangkin aktiviti sosial dan riadah, dijadikan sebagai suatu  ruang  hijau terbuka unutuk mencetuskan persekitaran sihat  kearah kelestarian hidup . Penemuan dari kajian awalan ini digunakan untuk penyelidikan seterusnya yang lebih mendalam  untuk menganalisis implikasi hubungan sosio- ruang; rekabentuk lorong belakang terhadap kualiti kehidupan masyarakat dari segi keselamatan, kesihatan, budaya  dan agama.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.