KRITERIA AWALAN PEMBANGUNAN PERSISIR AIR DI SEKITAR KAWASAN BANGUNAN TINGGI

Nurhanie Izni Md Rabhi, Ismar MS Usman, Ati Rosemarry Ariffin, Nangkula Utaberta

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini untuk mengenalpasti kriteria pembangunan persisir air di kawasan bangunan tinggi yang menyumbang kepada aktiviti sekeliling. Kajian ini juga akan mencerakinkan kriteria persisir air di kawasan bangunan tinggi serta mengkaji pembangunan persisir air berdasarkan dari aktiviti yang wujud di kawasan kajian. Kajian kes yang dipilih adalah di sekitar Sungai Singapura dan Marina Bay, Sungai Klang dan Putrajaya. Kajian dijalankan dengan melakukan kajian lapang serta temubual dengan pihak berkuasa tempatan serta kajian pustaka yang memperlihatkan pembangunan kawasan persisiran air dan rekabentuk bandar dan tumpuan kepada ruang awam sebagai elemen utama. Malaysia kini mula mewujudkan kawasan ruangan awam untuk rekreasi di sekitar persisir air. Kesimpulan daripada kajian ini akan menganalisis elemen dan kriteria persisir air yang dirancang dengan mencerminkan keadaan setempat serta menyediakan ruang awam untuk menghidupkan kawasan persisir air sekaligus meningkatkan imej bandar. Kriteria tersebut dapat digunakan sebagai panduan kepada pereka-pereka dalam merekabentuk bangunan tinggi di kawasan persisir air serta kajian ini juga dapat membantu projek rekabentuk senibina studio 2 bagi bangunan tinggi yang mempunyai tapak cadangan di sekitar kawasan persisir air.

Kata kunci: Pembangunan Persisir Air, Bangunan Tinggi, Ruang Awam.


Full Text:

PDF Word

Refbacks

  • There are currently no refbacks.