KEBERKESANAN RUANGAN LEBUH MEDAN PASAR DALAM MEMPENGARUHI AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT

Mohd Iskandar Bin Abd Malek, I Nyoman Gede Maha Putra

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan memahami sejauh manakah kepenggunaan sesebuah ruangan awam serta mengkaji karakter fizikal dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat sekeliling yang mempengaruhi aktiviti tersebut. Ruangan awam yang telah dipilih ialah ruangan Lebuh Medan Pasar yang terletak di tengah kawasan Kuala Lumpur Lama. Ruang awam tersebut dipilih kerana menjadi tumpuan masyarakat di ibu kota serta mempunyai kepentingan dan keistimewaan sejarah yang tersendiri. Kajian ini mengaplikasikan kaedah metodologi kualitatif dimana ia melibatkan dua teknik pengumpulan data iaitu kajian kes, pemerhatian di tapak kajian serta kajian literatur. Teknik pemerhatian akan dianalisa secara kualitatif di mana pendekatan pemerhatian berstruktur digunakan. Oleh itu, hasil penemuan dan dapatan kajian ini akan membantu dalam membangunkan kawasan kajian serta mengekalkan elemen penting sebagai identiti setempat terhadap ruangan awam tersebut.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.