PEMBENTUKAN KERANGKA KAJIAN PENGGUNAAN DAN PERBANDINGAN PENGGUNAAN CAD DAN BIM DALAM PROSES REKA BENTUK SENI BINA

Miza Raimi, M.F.I Mohd-Nor, Hanita Yusof

Abstract


Kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan aplikasi konvensional mod CAD dan perisian aplikasi mod BIM dalam fasa reka bentuk seni bina di Malaysia. Kemahiran penggunaan kedua-dua aplikasi ini dianggap penting dalam industri seni bina dan reka bentuk dalaman yang semakin kompetitif di masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti teknik penggunaan kedua-dua perisian aplikasi ini pada fasa reka bentuk serta penyampainya dalam sesebuah projek berdasarkan pengalaman penggunaannya oleh satu firma seni bina yang terkemuka di negara ini. Firma yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan bertapak di Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat ini merupakan firma yang mempunyai pengalaman yang luas dalam penggunaan kedua-dua aplikasi ini. Kajian ini menggunakan kaedah rakaman penggunaan serta pemerhatian berdasarkan dua projek yang menggunakan teknologi aplikasi yang berbeza; BIM dan CAD. Hasil akhir kajian adalah bertujuan untuk digunakan sebagai panduan dan gambaran yang lebih meluas terutamanya kepada pelajar, pekerja dan juga para akademik mengenai teknik dan penggunaan kedua-dua perisian aplikasi BIM dan CAD. Artikel ini menumpukan terhadap proses pembangunan kerangka kajian bagi penyelidikan ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.