PENERAPAN ELEMEN BERPANGGUNG KEPADA REKA BENTUK RUMAH TERES DI MALAYSIA UNTUK MENCAPAI KESELESAAN TERMA MELALUI PENGUDARAAN SEMULA JADI
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai kelebihan penggunaan elemen berpanggung dari segi pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan terma dalam reka bentuk rumah teres di Malaysia. Reka bentuk rumah teres pada masa ini mempunyai tahap kelestarian yang tidak memberangsangkan akibat dari kurangnya keselesaan terma yang dicapai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kondisi tahap pengudaraan dan juga keselesaan terma di dalam reka bentuk seni bina moden rumah teres. Kesesuaian pembinaan elemen berpanggung juga akan dapat dikenalpasti dalam konteks persekitaran di Malaysia. Laporan penyelidikan ini akan memberikan justifikasi perkaitan yang rapat dalam elemen berpanggung, pengudaraan dan juga keselesaan terma dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu dan seni bina rumah teres. Kajian yang dilakukan adalah secara soal selidik keatas 61 responden dan juga melalui pemerhatian. Dapatan kajian merumuskan bahawa elemen berpanggung dalam seni bina rumah teres moden berpotensi dalam mencapai tahap keselesaan terma yang tinggi melalui pengudaraan silang yang dihasilkan. Penggunaan elemen berpanggung didapati sesuai untuk diterapkan dalam pembinaan senibina moden di Malaysia.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.