MOTIF-MOTIF UKIRAN PADA RUMAH TIANG DUA BELAS DI KELANTAN DAN TERENGGANU

Azreena Abu Bakar, Nangkula Utaberta

Abstract


Kelantan dan  Terengganu sememangnya kaya dengan motif ukiran yang cantik dan tersendiri. Lazimnya, motif berbentuk flora, geometri dan kaligrafi paling banyak sekali digunakan berbanding motif-motif yang lain sekaligus digunakan sebagai penanda aras identiti senibina tempatan di Semenanjung Malaysia. Penulisan ini akan membentangkan kajian analisa rekabentuk ukiran dan motif yang digunakan pada Rumah Tiang Dua Belas di Kelantan dan Terengganu. Ukiran pada  dua belas buah  rumah di Kelantan dan Terengganu adalah merujuk kepada lukisan terukur di Pusat Kajian Alam Melayu (KALAM) UTM, Skudai.Kajian yang dilakukan adalah tertumpu kepada beberapa komponen bahagian rumah yang mempunyai banyak motif ukiran seperti pada daun pintu dan tingkap, susur tangan, dinding, lubang pengudaraan dan tangga. Perletakan motif-motif ukiran tersebut dikaji akan kepentingannya disamping untuk  nilai estetika sesebuah rumah tersebut mahupun mencerminkan sifat kedaerahan setempat bagi  kedua dua buah negeri ini.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.