PERANAN LIDAH PENGARANG AKHBAR BERITA HARIAN DALAM ISU-ISU POLITIK SEJAK 1957 SEHINGGA 1970 (THE ROLE OF EDITORIAL BERITA HARIAN NEWSPAPER IN POLITICAL ISSUES SINCE 1957 UNTIL 1970)

Authors

  • Mohamad Amirul Mohammad Yazid
  • Rahilah Omar

Abstract

Abstrak   

   

Kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan lidah pengarang akhbar Berita Harian dalam isu-isu politik sejak 1957-1970 yang kurang mendapat perhatian daripada para pengkaji. Ruangan lidah pengarang telah mewarnai sejarah dan perkembangan penerbitan akhbar tempatan negara tidak terkecuali akhbar perdana berbahasa Melayu iaitu Berita Harian. Lidah pengarang memainkan peranan yang penting dalam memberi reaksi, ulasan serta idea yang mewakili dasar dan pendirian sesebuah akhbar. Dalam melihat kepada isu-isu politik terpilih yang mewarnai sejarah negara ini, peranan lidah pengarang sangat kelihatan dalam menyatakan dukungan mereka terhadap aspirasi pemerintah sesuai dengan dasar atau pendirian akhbar tersebut. Segala reaksi, ulasan serta idea yang diberikan melalui ruangan lidah pengarang ini lebih bersifat cenderung kepada pemerintah. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kepustakaan dan mengaplikasi kaedah kualitatif iaitu dengan merujuk kepada sumber primer dan sumber sekunder yang terdapat di beberapa pusat sumber iaitu di Arkib Negara Malaysia, Arkib Berita Harian, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM dan sebagainya. Data yang diperoleh dikaji secara ‘content analysis’. Berdasarkan kajian yang dijalankan, jelas menunjukkan bahawa peranan lidah pengarang akhbar Berita Harian dalam isu-isu politik terpilih – Penubuhan Malaysia 1963, Pemisahan Singapura 1965 dan Rusuhan Kaum 1969 – masih kekal dengan dasar dan pendirian akhbarnya iaitu mendukung segala usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Namun, dalam sesetengah isu terutama isu berkaitan dengan nasib rakyat dan masa depan negara, lidah pengarang lebih mengutamakan rakyat dan mendahulukan negara serta berperanan memberi cadangan kepada pihak pemerintah untuk penambahbaikan demi kelangsungan hidup rakyat dan masa depan negara yang lebih baik. Peranan lidah pengarang ini membawa kesannya yang tersendiri kepada industri persuratkhabaran dan sejarah negara.

Kata Kunci: Kuala Muda, Tembikar Tanah, Tapak Kampung Baru, Lembah Bujang, Kedah

 

Abstract

This study was carried out to examine the role of the Editorial of the Berita Harian newspaper in political issues since 1957 until 1970 which gained less attention from researchers. The Editorial space has brought life to history and the development of the country's local newspaper, including Malay-language newspaper, the Berita Harian. The Editorial plays an important role in giving reactions, feedback and ideas that represent the basis and the stand of a newspaper. Looking at selected political issues that characterized the history of the country, the role of the editorial was evident in expressing their support for the government's aspirations in accordance with the policy or stand of the newspaper. All the reactions, feedback and ideas provided through the author's office space are more prone to the government. This study has been using a library approach and applying qualitative methods with reference to primary sources and secondary sources available at several resource centers, namely the National Archives of Malaysia, the Berita Harian Archive, Tun Seri Lanang Library and so on. The data obtained are analyzed by 'content analysis'. Based on the research conducted, it is clear that the role of Editorial of the Berita Harian newspaper in selected political issues - Establishment of Malaysia 1963, Separation of Singapore 1965 and Race Riot of the 1969 - His newspaper is to support all efforts made by the government. However, in some issues, especially issues relating to the fate of the people and the future of the country, the author's tongue is primarily concerned with the people and put forward the nation and serves to give suggestions to the government for improvement for the survival of the people and the future of a better nation. The role of this Editorial has its own impact on the press industry and history of the country.

Keywords: Kuala Muda, Earthenware, Tapak Kampung Baru, Lembah Bujang, Kedah 282

References

Sumber Primer

Berita Harian, 22 November 1962.

Berita Harian, 26 Ogos 1963.

Berita Harian, 9 Ogos 1963.

Berita Harian, 16 September 1963.

Berita Harian, 15 September 1963.

Berita Harian, 10 Ogos 1965.

Berita Harian, 11 Ogos 1965.

Berita Harian, 14 Ogos 1965.

Berita Harian, 15 Ogos 1965

Berita Harian, 12 Mei 1969.

Berita Harian, 6 Mei 1969.

Berita Harian, 14 Mei 1969

Berita Harian, 15 Mei 1969.

Berita Harian, 18 Mei 1969.

Sumber Sekunder

Arkib Negara Malaysia. Penubuhan Malaysia 16 September 1963. Jurnal Sejarah

A. Kadir Jasin. 2009. Membangun Bangsa dengan Mata Pena. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chamil Wariya. 2008. Penulisan Berkesan: Media Cetak, Elektronik dan Web. Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute.

Hamedi Mohd Adnan. 2015. 100 Akhbar Melayu. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Khoo Kay Kim dan Jazamuddin Baharuddin. 1980. Lembaran Akhbar Melayu. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Masyukri Abdullah dan Wahid Wahab. 1999. Demokrasi di Persimpangan Makna: Respon Terhadap Muslim Indonesia Terhadap Konsep Demokrasi 1966-1993. PT Tiara Wacana.

Mazlan Nordin. 2009. Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rizal Yakoob. 2009. Isu Pemisahan Malaysia-Singapura: Rasional KeselamatanPolitik. Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (JEBAT) 36: 62-89.

Tan Yao Sua. 2014. Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Downloads

Issue

Section

Archaeology & History