Rethinking Counselling-based Career Assistance in Counselling Psychology

Ai Hwa Quek

Abstract


Pertimbangan semula kaunseling yang berasaskan bantuan kerjaya dalam perkhidmatan kaunselingmembolehkan klien untuk menikmati kesejahteraan psikologi. Sehubungan dengan itu, bantuan kerjaya dianggapsebagai pelbagai perkhidmatan yang dirancangkan oleh seorang kaunselor untuk membantu klien bagimemahami konstruk kerjaya (seperti nilai kerja, konflik dan matlamat) serta pengaruh kontekstual (umpamanya,dasar awam dan fenomena global) yang mempengaruhi kesejahteraan psikologi klien di tempat kerjanya dan didalam keluarga. Umpamanya, bantuan kerjaya yang dirancangkan dengan teliti boleh dilaksanakan sebagaiintervensi yang berbentuk perundingan untuk membantu klien bagi (1) mencantumkan nilai dan matlamat kerjapihak majikan dengan nilai peribadi klien supaya klien boleh menghadapi konflik nilai di tempat kerja; dan (2)menyelaraskan pembangunan kerjaya klien dengan tuntutan pihak majikan supaya klien boleh merasa puas hati.Implikasi kaunseling yang berasaskan bantuan kerjaya dalam konteks Malaysia adalah seorang kaunselor perlu:(1) cekap untuk menjalankan kaunseling kerja; (2) memiliki kecekapan silang budaya; dan (3) mahir untukmelaksana pelbagai intervensi seperti yang diperlukan oleh klien dalam proses kaunseling. Dengan ini, seorangklien dibantu untuk mencapai kesejahteraan psikologi demi menyumbang sumber tenaga bagi transformasinegara ke arah Wawasan 2020.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Psikologi Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Psikologi Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Psikologi Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.