Jurnal Psikologi Malaysia

Ethics and Malpractice Statements

ETHICS AND MALPRACTICE STATEMENTS

As an established publication with 30 years of history, we strive to uphold the standards of publication for authors, editors and as publisher alike, as has been agreed upon by the Committee on Publication Ethics (COPE) in 2010. Thus, our Ethics and Malpractice Statements will largely reflect these standards, and as such will be compatible. For more on these standards in detail, please visit the International Standards for editors and authors as specified by COPE. These statements are laid out chronologically, from the beginning of the research process (for authors), to the submission and editing process (for editors), to the publishing process, and beyond.

 

 1.     FOR AUTHORS

 

  • Research process

 

It is the responsibility of the researchers to ensure that the researches are conducted in an ethical manner. Research subjects must be properly informed of the purpose of the research and fully understand the implications. Subjects must give proper consent with full awareness and of sound mind. Subjects that are not able to give consent (e.g. clinical studies on mental patients or children below the age of consent) must have the written consent by their legal guardians. For researches involving animal subjects, proper approvals from authorities should be obtained prior to the research. Editors have the right to request any proof of research approval, and the rights to reject researches should authors failed to provide any acceptable proofs.

 

  • Research writing

 

Researchers must ensure that their data is accurately collected and measured. Researchers should be honest and be held accountable to their results. Results must not be modified to suit the interest of any third-parties and sponsors (exceptional circumstances, such as for national security reasons, are allowed). Relevant references and quotations, even by the authors themselves on previous researches, must be cited properly (in both the content and the list of references). Be honest – in what the research is about, how it is done, what the research find, what the research imply, and what it did not find. Sometimes, a ‘non-result’ is a result in itself. This publication has zero tolerance for plagiarism – papers that are found to be plagiarized will be rejected, and the authors will be blacklisted from future publications. All papers must be an original work not published elsewhere. Authors are encouraged to use plagiarism detection software prior to submission.

 

Authors should disclose all sources of finding, both direct and indirect. Authors should disclose any interests and relationships that may or may not affect how the results are interpreted that the authors foresee might be questionable by the readers. Competing interests should also be disclosed.

 

  • Authorship

 

Authors must agree amongst each other with regards to contributions of each members. Contents of the paper should be approved by all authors. All authors must be aware, and approve, of who are – and are not – in the list of authors, and the orders of the name as listed. We would not tolerate ghost authors. Should the editors found the paper to be ‘co-authored’ by a non-participating author, the editors have the right to reject the paper. All disputes amongst authors must be dissolved appropriately in a proper manner befitting the status of authors and the research institutions.

 

  • Submissions and Corrections

 

Papers submitted must be an original work that has not been published elsewhere, whether it is in the form of an academic journal or not. Papers submitted must not be in the review of another publications – should the papers are accepted for JPM’s review, authors must withdraw their submissions to other publishers, should the authors choose to continue with publishing in JPM.

 

Authors can recommend reviewers to review the papers as part of the editing process. However, the final decision for reviewers is up to the editors. Reviewers must not be associated with the authors in such a way that may affect the reviewing process. Reviewers must not have any knowledge about the papers and the researches prior to the submission.

 

2.     FOR EDITORS

 

  • Fair and balanced

 

Editors should make their editing decisions in a completely unbiased way. Editorial decisions are based solely on the basis of being an editor, without any interest, commercial or otherwise, that may affect such decisions. There would be no double standards – any papers submitted, regardless of sources, will be judged at the same level. All editors are held accountable to their decisions.

 

  • Confidentiality

 

Editors and chosen peer reviewers should not disclose authors’ material, either to editors of other journals or even to lawyers in court cases, unless with the specific agreement by the authors. Unless the papers are reviewed in an open peer review system, reviewers’ identities are not disclosed unless with permission.

 

  • Transparency and honesty

 

It is the responsibility of the editors to ensure that any papers submitted are held to a high standard befitting the publications. This necessitates decisions made by the editors that may or may not be agreed upon by the authors. Editorial decisions made by the editors should have valid reasoning that necessitates such decisions, whether it is to ensure it follows the publication standards, or for other reasons that the editors find lacking in the part of the authors. Editors must declare any possible connections and relationships that may affect their editorial decisions. Should the authors find reasonable grounds to dispute any editorial decisions, authors should provide their reasons clearly.

 

 3.     FOR PUBLISHER

 

As the publisher, it is our responsibility to make it as clear as possible to authors, editors and reviewers regarding our policies and standards befitting our status. We will uphold a high standard for our publication, not only for our benefit but also for the benefit of researchers and readers. We will ensure that papers submitted follow our standards regarding originality, ethics and quality. We will respect the privacy of everybody involved in any research, and will not disclose any identities without any prior approval by the parties involved. We will protect the intellectual property and copyright of authors with regards to their works and findings. Finally, we will ensure that editorial independence are upheld for the sake of meeting our standards.

 

REFERENCE

 

Wager E & Kleinert S (2011) Responsible research publication: international standards for authors. A position statement developed at the 2nd World Conference on Research Integrity, Singapore, July 22-24, 2010. Chapter 50 in: Mayer T & Steneck N (eds) Promoting Research Integrity in a Global Environment. Imperial College Press / World Scientific Publishing, Singapore (pp 309-16). (ISBN 978-981-4340-97-7)

 

Kleinert S & Wager E (2011) Responsible research publication: international standards for editors. A position statement developed at the 2nd World Conference on Research Integrity, Singapore, July 22-24, 2010. Chapter 51 in: Mayer T & Steneck N (eds) Promoting Research
Integrity in a Global Environment. Imperial College Press / World Scientific Publishing, Singapore (pp 317-28). (ISBN 978-981-4340-97-7)

 
 

PENYATAAN ETIKA DAN PENYELEWENGAN

Sebagai sebuah penerbitan dengan sejarah selama 30 tahun, kami sentiasa cuba menegakkan piawai penerbitan untuk penulis, penyunting dan juga penerbit, seperti yang sudah dipersetujui oleh Jawatankuasa Etika Penerbitan (Committee on Publication Ethics, COPE) pada tahun 2010. Oleh itu, Kenyataan Etika dan Penyelewengan kami akan berpandukan piawai ini, dan ia boleh juga diguna pakai.  Untuk lebih perincian tentang piawaian ini, sila lawat Piawai Antarabangsa untuk penyunting dan penulis seperti yang diperincikan oleh COPE. Kenyataan-kenyataan ini disusun mengikut turutan masa, dari permulaan proses kajian (untuk penulis), ke proses menghantar dan menyunting (untuk penyunting), ke proses penerbitan, dan seterusnya.

 

1. UNTUK PENULIS

 

  • Proses kajian

 

Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji-pengkaji untuk memastikan kajian-kajian dijalankan dengan cara beretika. Subjek kajian mestilah diberi maklumat yang terperinci tentang tujuan kajian dan memahami sepenuhnya implikasi kajian tersebut terhadapnya. Subjek kajian mesti memberi kebenaran dengan penuh kesedaran minda. Subjek yang tidak mampu memberi kebenaran (cth. Kajian klinikal terhadap pesakit mental atau kanak-kanak bawah umur) mesti mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga sah. Untuk kajian yang melibatkan subjek kajian haiwan, kebenaran dari pihak berkuasa perli didapatkan sebelum kajian. Penyunting mempunyai hak untuk memohon bukti kebenaran kajian dijalankan, dan juga hak untuk menolak kajian sekiranya penulis gagal untuk memberi sebarang bukti tersebut.

 

  • Penulisan kajian

 

Pengkaji perlu memastikan data kajian diambil dan diukur dengan tepat. Pengkaji perlulah bersikap jujur dan bertanggungjawab terhadap dapatan kajian. Hasil kajian tidak boleh diubahsuai untuk memenuhi permintaan apa-apa pihak ketiga dan penaja (kecuali dalam situasi yang melibatkan keselamatan negara). Rujukan yang relevan, walaupun dari penulis sendiri dalam kajian lepas, mesti dirujuk dengan betul (dalam kandungan teks dan dalam senarai rujukan). Bersikaplah jujur – dalam tujuan kajian, bagaimana ia dijalankan, apa dapatan kajian, apa implikasi kajian, dan apa yang ia tidak dapat menghasilkan. Kadang-kadang, ‘tiada hasil’ juga boleh menjadi hasil kajian. Penerbitan ini tiada tolak ansur terhadap plagiat – penulisan yang didapati diplagiat akan ditolak, dan penulis akan di senarai hitamkan dari penerbitan akan datang. Semua penulisan mestilah merupakan hasil kerja asal yang tidak diterbitkan di mana-mana penerbitan lain. Penulis digalakkan untuk menggunakan perisian pengesanan plagiat sebelum menghantar.

 

Penulis mestilah mendedahkan semua sumber kewangan, sama ada secara langsung atau tidak. Penulis mesti mendedahkan apa-apa kepentingan dan hubungan yang mungkin atau tidak boleh mempengaruhi bagaimana hasil kajian di interpretasi yang penulis jangka boleh dipersoalkan oleh pembaca.

 

  • Tentang penulis

 

Penulis-penulis mesti bersetuju sesama sendiri berkenaan sumbangan setiap penulis. Kandungan penulisan mesti dipersetujui oleh semua penulis. Semua penulis mesti mempunyai pengetahuan, dan mempersetujui, tentang siapa – dan siapa yang tidak – ada dalam senarai penulis, dan turutan nama yang disenaraikan. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap ‘penulis hantu’ – penulis yang tidak mempunyai apa-apa sumbangan, tetapi disenaraikan atas beberapa sebab. Sekiranya penyunting mendapati penulisan itu ‘ditulis bersama’ oleh penulis yang tidak turut serta, penyunting mempunyai hak untuk menolak penulisan tersebut. Semua ketidaksetujuan dalam kalangan penulis mesti diselesaikan dengan cara yang baik selari dengan status penulis dan institusi kajian.

 

  • Penghantaran dan pembetulan

 

Penulisan yang dihantar mestilah merupakan hasil kerja asli yang tidak diterbitkan di mana-mana tempat lain, sama ada ia dalam makalah akademik atau tidak. Penulisan yang dihantar tidak boleh dalam proses semakan oleh penerbitan lain – sekiranya penulisan tersebut diterima untuk semakan oleh JPM, penulis perlu menarik penulisan mereka dari penerbitan lain, sekiranya penulis memilih untuk menerbitkan di JPM.

 

Penulis boleh mencadangkan penyemak untuk menyemak penulisan sebagai sebahagian dari proses penyuntingan. Tetapi, keputusan akhir untuk penyemak adalah tertakluk kepada penyunting. Penyemak tidak boleh mempunyai kaitan dengan penulis yang boleh mempengaruhi proses semakan. Penyemak tidak boleh mempunyai apa-apa pengetahuan tentang penulisan dan kajian tersebut sebelum dihantar.

 

Penulisan yang disemak akan dinilai dalam skala 5, dari diterima tanpa pembetulan hingga ditolak serta-merta. Sekiranya penulisan memerlukan pembetulan dari penulis, penulis akan diberitahu dan mesti melakukan pembetulan dalam empat belas hari. Kegagalan untuk membuat sedemikian akan menyebabkan penulisan ditolak.

 

2. UNTUK PENYUNTING

 

  • Adil dan saksama

 

Penyunting perlu membuat keputusan suntingan tanpa apa-apa bias. Keputusan penyuntingan mestilah berdasarkan sebagai seorang penyunting, tanpa apa-apa kepentingan, komersial atau tidak, yang boleh mempengaruhi keputusan. Tidak akan ada dwistandard – apa-apa penulisan yang dihantar, tanpa mengira sumber, akan dinilai pada tahap yang sama. Semua penyunting adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penilaiannya.

 

  • Kerahsiaan

 

Penyunting dan penyemak yang dipilih tidak boleh mendedahkan bahan-bahan penulis, sama ada kepada penyunting makalah lain atau malah kepada peguam dalam kes mahkamah, melainkan dengan persetujuan dari penulis. Melainkan jika penulisan dinilai melalui sistem penilaian terbuka, identiti penulis, penyemak dan penyunting tidak akan didedahkan tanpa kebenaran.

 

  • Ketelusan dan kejujuran

 

Adalah menjadi tanggungjawab penyunting untuk memastikan apa-apa penulisan yang diterbitkan adalah menepati piawai yang tinggi yang sesuai dengan penerbitan tersebut. Ini memerlukan keputusan yang dibuat oleh penyunting yang mungkin atau mungkin tidak dipersetujui oleh penulis. Keputusan penyunting perlu mempunyai alasan yang bernas untuk memerlukan keputusan tersebut, sama ada ia untuk memastikan ia mengikut piawai yang ditetapkan penerbitan tersebut, atau untuk apa-apa sebab lain yang penyunting merasakan penulis tidak mencukupkan. Penyunting mestilah mendedahkan apa-apa hubungan yang boleh mempengaruhi keputusan penyuntingan. Sekiranya penulis mempunyai alasan yang baik untuk membantah apa-apa keputusan penyuntingan, penulis perlu memberi sebab dengan jelas.

 

3. UNTUK PENERBIT

 

Sebagai penerbit, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan sebaik mungkin kepada penulis, penyunting dan penyemak tentang polisi dan piawai kami yang sesuai dengan status kami. Kami akan menegakkan piawai yang tinggi untuk penerbitan kami, bukan sahaja untuk kebaikan kami tetapi juga untuk kebaikan pengkaji dan pembaca. Kami akan memastikan penulisan yang dihantar memenuhi piawai kami berkenaan dengan keaslian, etika dan kulaiti. Kami akan menghormati privasi semua pihak yang terlibat dengan kajian, dan tidak akan mendedahkan identiti mana-mana pihak tanpa kebenaran terlebih dahulu oleh pihak yang terlibat. Kami akan melindungi hak cipta terpelihara penulis berkenaan dengan hasil kerja dan kajian mereka. Akhir sekali, kami akan memastikan kebebasan suntingan untuk memenuhi piawai kami.

 

RUJUKAN

 

Wager E & Kleinert S (2011) Responsible research publication: international standards for authors. A position statement developed at the 2nd World Conference on Research Integrity, Singapore, Julai 22-24, 2010. Bab 50 dalam: Mayer T & Steneck N (pnyt) Promoting Research Integrity in a Global Environment. Imperial College Press / World Scientific Publishing, Singapore (ms 309-16). (ISBN 978-981-4340-97-7)

 

Kleinert S & Wager E (2011) Responsible research publication: international standards for editors. A position statement developed at the 2nd World Conference on Research Integrity, Singapore, Julai 22-24, 2010. Bab 51 dalam: Mayer T & Steneck N (pnyt) Promoting Research Integrity in a Global Environment. Imperial College Press / World Scientific Publishing, Singapore (ms 317-28). (ISBN 978-981-4340-97-7)