PROGRAM KELUARGA SAKINAH DAN KESANNYA MELALUI PERSPEKTIF EKONOMI (SAKINAH FAMILY PROGRAM AND ITS IMPACT THROUGH ECONOMIC VIEW)

Authors

  • Muhammad Najit Sukemi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Ahmad Rizal Yusof Institut Kajian Etnik, 43600, UKM Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sanisah Azerai Unit Psikologi dan Kerjaya, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu

Abstract

Abstrak 

Hasrat melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang, seimbang dan SAKINAH menuntut kesabaran, kesungguhan, keyakinan dan pengorbanan yang besar daripada semua pihak terutamanya anggota keluarga, masyarakat dan persekitaran. Kegagalan keluarga, masyarakat dan kerajaan menangani permasalahan sosial mengakibatkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti keruntuhan institusi kekeluargaan, keruntuhan akhlak, peningkatan masalah sosial dan lain-lain. Peningkatan urbanisasi turut menjadi punca kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Hal ini jika tidak ditangani akhirnya akan mengakibatkan kesan langsung kepada kemerosotan produktiviti seterusnya menyebabkan gangguan dalam pengeluaran. Bagi memastikan pembangunan tidak mengakibatkan impak negatif kepada masyarakat dan seterusnya memperkukuhkan institusi kekeluargaan, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim telah melaksanakan Modul Keluarga SAKINAH bagi mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi menilai nilai ekonomi program Keluarga SAKINAH anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dan kesanggupan membayar masyarakat bagi menghadirkan diri ke program Modul Keluarga Sakinah.  Pengkaji menggunakan Kaedah Penilaian Kontingen (CVM) melalui soal selidik terhadap peserta program Keluarga SAKINAH berdasarkan kesanggupan membayar responden bagi memperoleh perkhidmatan tersebut. Hasil kajian mendapati, kesanggupan membayar responden mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi responden untuk ke program tersebut. 

Kata kunci: Program Kekeluargaan, Program Keluarga Sakinah, Kesanggupan Membayar, Kaedah Penilaian Kontinjen, Nilai Faedah Ekonomi

 

Abstract 

The desire to create a well-balanced SAKINAH family requires patience, determination, confidence, and great sacrifice for all parties, especially families, society and the environment. Failure of families, societies, and governments to address social issues can lead to undesired events such as the disruption of family system, moral collapse, and the spread of social problems. The progress of urbanization is one of the causes that contributes to the increase of social problems in the local community. Failure to address this problem will ultimately have a direct impact on productivity loss and lead to production interruptions. To prevent development from adversely affecting the community negetively and further strengthening the family system, the Johor State Government has implemented the SAKINAH Family Module through the Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim in their efforts to produce a prosperous, devoted, and harmonious and superior society. Therefore, this study was conducted to assess the economic value of the Sakinah Family Program sponsored by the Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim and their willingness to pay the community to participate in the Sakinah Family Module Program. This study ulitizes the Contingent Valuation Method (CVM) approach by conducting a survey with the participants of the SAKINAH Family Program, based on their willingness to pay respondents to receive the service. Analysis from the survey found that the willingness to pay respondents had influenced and encouraged respondents to participate in the program. 

Keywords: Family Program, Sakinah Family Program, Willingness to Pay (WTP), Contingent Valuation Method (CVM), The Value of Economic Benefits

References

Amanda Holman & Jody Koenig Kellas. 2018. Say something instead of nothing: Adolescents’ perceptions of memorable conversations about sex-related topics with their parents. Communication Monographs 85(3): 357-379.

Ana Bedate, Luis Cesar Herrero & Jose Angel Sanz. 2004. Economic Valuation Of The Cultural Heritage: Application To Four Case Studies In Spain. Journal of Cultural Heritage 5: 101-111.

Angelo Antoci, Pier Luigi Sacco & Paolo Vanin. 2007. Social capital accumulation and the evolution of social participation. The Journal of Socio-Economics 36(1): 128-143.

Choe, K.L., Whitington, D. & Lauria, D.t. 1996. The Economic Benefit Of Surface Water Quality Improvements In Developing Countries; A Case Study Davao, Philipines. Land Economics 72: 521-537.

Frykblom, P. 1997. Hypothetical Question Modes and Real Willingness to Pay. Journal of Environmental Economics and Management 34: 275-287.

Halimatussaediyah Tamrin & Noraini Abdol Raop. 2015. Kepuasan Kerja: Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT). Journal of Human Capital Development 8(2): 115-129.

Kerajaan Malaysia, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010.

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 2004. Laporan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mahadev G. Bhat. 2002. Application of non-market valuation to the Florida Keys marine reserve anagement. Journal of Environmental Management 67(2003): 315-325.

Mei Kuang Siew, Mohd Rusli Yacob, Alias Radam, Abdullahi Adamu & Emmy Farha Alias. 2015. Estimating willingness to pay for wetland conservation: a contingent valuation study of Paya Indah Wetland, Selangor Malaysia. Procedia Environmental Sciences 30: 268-272.

Ming-Hung Hsieh & Kuen-Hung Tsai. 2005. Technological Capabality, Social Capital & The Launch Strategy For Innovative Roducts. Industrial Marketing Management 36(4): 493-502.

Mohamed Sofee Razak. 2013. Gejala Moral Remaja Ancaman Besar Negara. Berita Harian 1 Mac.

Muhammad Firdaus Sumambri & Mahirah Kamaludin. 2020. Penilaian Kesanggupan Untuk Membayar Dalam Kalangan Pengunjung Bagi Pemuliharaan Hutan Lipur Sungai Sedim, Kedah. Journal of Undergraduate Research 2(4): 63-74.

Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Sahlawati Abu Bakar, Zanariah Dimon & Asma’ Wardah Surtahman. 2015. Permasalahan Sosial dalam Kalangan Remaja di Selangor: Satu Tinjauan. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah. 12 – 13 Oktober.

Rozmi Ismail, Nor Azri Ahmad, Fauziah Ibrahim & Salina Nen. 2017. Pengaruh Faktor Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam Kalangan Remaja. Akademika 87(1): 7-16.

Saúl Torres-Ortega, Rubén Pérez-Ãlvarez, Pedro Díaz-Simal, Julio Manuel de Luis-Ruiz & Felipe Piña-García. 2018. Economic Valuation of Cultural Heritage: Application of Travel Cost Method to the National Museum and Research Center of Altamira.

Sustainability 10(7): 2550.

Sofyan Syahnur & Herlina. 2015. Visitors’ willingness to pay for local tourist attractions in Sabang basedon Travel Cost Method. IJABER 13(7): 5677-5701.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. 2004. An analysis of values and their effect on social problems. (online) http://webmail.ypkdt.org.my/.

Downloads

Published

2021-06-30

Issue

Section

Environment & Landscape