PENGLIBATAN GENERASI PERTAMA DAN GENERASI KEEMPAT KELUARGA KOH DALAM PERNIAGAAN CANDU DAN ARAK DI PULAU PINANG, 1786-1910
INVOLVEMENT OF THE FIRST AND FOURTH GENERATION OF THE KOH FAMILY IN THE OPIUM AND ALCOHOL BUSINESS IN PENANG, 1786-1910
Abstract
Abstrak
Makalah ini memfokuskan tentang penglibatan generasi pertama dan keempat keluarga Koh dalam perniagaan candu dan arak di Pulau Pinang pada tempoh 1786 hingga 1910. Objektif utama makalah ini adalah untuk menyelurusi akar umbi kepada penguasaan keluarga Koh di Pulau Pinang dalam perniagaan candu dan arak. Selain itu, keupayaan keluarga Koh di Pulau Pinang mempertahankan pernigaan candu dan arak telah membolehkan keluarga mereka menerokai sektor perniagaan baharu yang lain pula terus menjadi tanda tanya. Penulisan ini direalisasikan menerusi penelitian terhadap rekod dan beberapa dokumen yang terdapat di Arkib Negara, Arkib Negeri Pulau Pinang, India Office Records di London, National Library Singapore, Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI, Perpustakaan Hamzah Sendut, USM dan Perpustakaan Universiti Malaya. Hasil kajian mendapati perniagaan candu dan arak telah diusahakan oleh generasi pertama keluarga Koh di Pulau Pinang. Perniagaan ini kemudiannya diwarisi oleh Koh Seang Tat iaitu generasi keempat keluarga Koh. Secara umumnya, faktor seperti hubungan dengan pemerintah dan sokongan kepada pihak British sangat dominan, namun faktor lain seperti pengecualian cukai dan pemberian hak pajakan oleh British juga penting dalam mengupayakan keluarga Koh di Pulau Pinang melibatkan diri serta mempertahankan perniagaan candu dan arak. Kejayaan mereka juga dapat dikaitkan dengan faktor modal dan potensi ekonomi setempat. Namun demikian, tidak dinafikan keluarga Koh turut menghadapi beberapa cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan candu dan arak. Akhirnya, keluarga Koh memilih untuk mengembangkan perniagaan candu dan arak di Taiwan sebagai langkah untuk mempertahankan perniagaan keluarga. Tambahan pula, kebijaksanaan yang dimiliki dan semangat tidak putus asa juga menjadi faktor yang penting dalam menentukan kejayaan generasi pertama dan generasi keempat keluarga Koh di Pulau Pinang dalam perniagaan candu dan arak.
Kata Kunci: Generasi, keluarga Koh, perniagaan, candu, arak, Pulau Pinang
Abstract
This article focuses on the involvement of the first and fourth generations of the Koh family in the opium and alcohol business in Penang from 1786 to 1910. The main objective of this article is to trace the roots of the Koh family's dominance in Penang in the opium and alcohol business. In addition, the ability of the Koh family in Penang to defend the opium and alcohol business has allowed their family to explore other new business sectors is questionable. This study was conducted by analyzing records and several documents available in the National Archives, Penang State Archives, India Office Records in London, National Library Singapore, Tunku Bainun Library, UPSI, Hamzah Sendut Library, USM, and University of Malaya Library. Results from the study shows that opium and alcohol business was run by the first generation of the Koh family in Penang. This business was later inherited by Koh Seang Tat who is the fourth generation of the Koh family. In general, factors such as the relationship with the government and support for the British side are very dominant, but other factors such as tax evasion and the granting of lease rights by the British are also important in enabling the Koh family in Penang to get involved and defend the opium and alcohol business. Their success can also be attributed to capital factors and local economic potential. However, there is no denying that the Koh family also faced several challenges while running the opium and alcohol business. Eventually, the Koh family chose to expand the opium and liquor business in Taiwan as a move to protect the family business. Furthermore, the wisdom possessed and the spirit of not giving up is also an important factor in determining the success of the first generation and the fourth generation of the Koh family in Penang in the opium and alcohol business.
Keywords: Generation, Koh family, business, opium, alcohol, Penang