EKSPLORASI GASTRONOMI KELANTAN MELALUI REKAAN TIPOGRAFI DIGITAL

(EXPLORATION OF KELANTAN GASTRONOMY THROUGH DIGITAL TYPOGRAPHY DESIGN)

Authors

  • Izati Nabila Marzuki
  • Nurul Aisyah Othman
  • Nor Asmidayu Mohamad Fauzi
  • Sahrudin Mohamed Som

Abstract

Abstrak

Kelantan negeri yang terletak di timur laut Malaysia mempunyai tradisi masakan yang kaya dipengaruhi oleh budaya Melayu, Thai dan Cina, Kelantan sangat terkenal dengan keunikan serta digelar syurga makanan disebabkan oleh keunikan makanan yang ada di negeri Kelantan. Walaupun kaya dengan keunikan makanan, promosi dalam bentuk media baharu mengenai masakan yang berasal dari negeri Kelantan khususnya dalam rekaan tipografi masih kurang diberi perhatian. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengembangkan serta meneroka mengenai perekaan tipografi dengan menggunakan tema makanan yang ada di negeri Kelantan sebagai salah satu eksplorasi dalam mempelbagaikan penggunaan media digital menerusi idea kreatif di samping mempromosikan makanan yang ada di negeri Kelantan dalam konteks tipografi digital. Dalam kajian ini, rekaan tipografi digital diteroka dengan menggunakan elemen makanan tradisional yang terdapat di negeri Kelantan sebagai asas utama. Kajian ini juga menilai bagaimana penggunaan tipografi digital dapat meningkatkan keterlihatan dan daya tarikan makanan Kelantan dalam konteks media baharu. Dengan memanfaatkan kreativiti dalam rekaan tipografi digital, kajian ini adalah bertujuan untuk mempromosikan makanan yang ada di negeri Kelantan kepada audiens dengan lebih meluas termasuk pelancong dan penduduk tempatan. Melalui pendekatan ini, bukan sahaja menawarkan cara baru dalam memperkenalkan makanan yang ada di negeri Kelantan, akan tetapi berpotensi untuk memajukan bidang komunikasi visual melalui penggunaan digital. Kajian ini juga meyumbang kepada perkembangan rekaan tipografi digital dan meningkatkan kesedaran tentang kekayaan gastronomi masakan negeri Kelantan.

Kata kunci: Gastronomi Kelantan, Tipografi Digital, Media Baharu, Promosi Makanan, Rekaan Tipografi

 

Abstract

Kelantan, a state located on the east coast of Malaysia, boasts a rich culinary tradition influenced by Malay, Thai and Chinese cultures. Known as a food paradise. Kelantan is celebrated for its unique cuisine. However, despite its culinary diversity the promotion of Kelantanese cuisine through new media particularly in typography design remains limited. This study aims to expand and explore typography design by using Kelantan’s diverse food culture as a thematic foundation, creating an innovative approach to digital media while promoting Kelantanese cuisine within a digital typography context. The study focuses on digital typography design by integrating traditional Kelantanese food elements as its primary basis. It also examines how digital typography can enhance the visibility and appeal of Kelantanese cuisine within the framework of new media. By leveraging creativity in digital typography design, this study seeks to promote Kelantanese food to a wider audience including tourists and residents. This approach not only offers a novel method for presenting Kelantan’s culinary heritage but also has the potential to advance the field of visual communication through digital means. Furthermore, this study contributes to the development of digital typography design and raises awareness of the rich gastronomy of Kelantanese cuisine.

Keywords: Kelantan Gastronomy, Digital Typography, New Media, Food Promotion, Typography Design

Author Biographies

Izati Nabila Marzuki

Jabatan Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis

Nurul Aisyah Othman

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
Politeknik Ibrahim Sultan

Nor Asmidayu Mohamad Fauzi

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)
University Malaysia Sabah

Sahrudin Mohamed Som

Faculty of Creative Technology and Heritage
Universiti Malaysia Kelantan

Downloads

Published

2024-12-26