BEPANG PULUT TERENGGANU: LEGASI PEMBUATAN DAN SNEK WARISAN

(BEPANG PULUT TERENGGANU: THE LEGACY OF ITS CRAFT AND HERITAGE SNACK)

Authors

  • Noraida Abdul Karim
  • Sulaiha Mohd Isa
  • Zatul Iffah Mohd Fuza
  • Faliza Mahamed Ali

Abstract

Abstrak

Makanan warisan seperti snek Bepang semakin terancam akibat kemodenan dan pengaruh makanan luar, terutamanya dari negara barat, yang memberi kesan besar kepada generasi muda. Sekiranya dokumentasi makanan warisan ini tidak dipelihara, ianya akan lenyap dan dilupakan. Justeru, tujuan kajian ini tertumpu kepada penyediaan Bepang Pulut dengan mengambil kira bahan yang digunakan, teknik pembuatan secara tradisional, juga inovasi berkaitan makanan tradisional serta mengenalpasti pemindahan pembuatan Bepang ini ke generasi seterusnya ke arah melestarikan makanan warisan. Skop kajian ini juga akan meninjau dan mengulas dari kajian terdahulu dari segi epistemologi untuk menentukan sejauh mana makanan tersebut mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat melayu Malaysia. Hasil kajian ini diperolehi melalui kaedah kualitatif melalui data sekunder, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur bersama dengan generasi terawal yang masih membuat bepang pulut sehingga kini untuk menjelaskan dari sudut penyediaan, bentuk, warna, cara hidangan, dan inovasi makanan ini. Penemuan kajian mendapati pembuatan Bepang masih mengekalkan kaedah dan resepi yang telah diwarisi sejak turun temurun kerana perniagaan keluarga. Pemindahan ilmu tersebut dipengaruhi oleh budaya, yang bermula dengan perniagaan keluarga dan berkembang menjadi minat mereka untuk mengusahakannya. Oleh yang demikian, kajian berkaitan dengan Bepang Pulut amat penting sebagai inisiatif untuk memulihara makanan warisan kekal hingga ke generasi seterusnya.

Kata kunci: Gastronomi, Bepang, Bepang Pulut, snek warisan,sira,bata

 

Abstract

Traditional foods like Bepang snacks are increasingly threatened by modernity and the influence of foreign foods, particularly from Western countries, which have a significant impact on the younger generation. If the documentation of these heritage foods is not preserved, they will disappear and be forgotten. Therefore, the aim of this study is focused on the preparation of Bepang Pulut, taking into account the ingredients used, traditional production techniques, as well as innovations related to traditional food, and identifying the transfer of Bepang production to the next generation to ensure the sustainability of this heritage food. This study will also review and analyze previous research from an epistemological perspective to determine the extent to which this food influences the culture and lifestyle of the Malay community in Malaysia. The findings of this study were obtained through qualitative methods, including secondary data, observations, and unstructured interviews with the earlier generation who still produce Bepang Pulut to this day, in order to explain the preparation, shape, color, serving method, and innovations related to this food. The study reveals that the production of Bepang continues to retain the methods and recipes passed down through generations due to family businesses. The transfer of this knowledge is influenced by culture, which starts with family businesses and evolves into a personal interest to continue its production. Therefore, research related to Bepang Pulut is crucial as an initiative to preserve this heritage food for future generations.

Keywords: Food design, Gastronomy, Melayu, Traditional, Food

Author Biographies

Noraida Abdul Karim

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
UiTM cawangan Terengganu, Malaysia

Sulaiha Mohd Isa

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
UiTM cawangan Terengganu, Malaysia

Zatul Iffah Mohd Fuza

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
UiTM cawangan Terengganu, Malaysia

Faliza Mahamed Ali

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
UiTM cawangan Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2024-12-26