Pembinaan dan Validasi Soal Selidik Faktor Sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli di Malaysia

Authors

  • Siti Fairuz Abu Bakar Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, National University of Malaysia
  • Zaleha Md Isa Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, National University of Malaysia
  • Rozita Ibrahim Pusat Pengajian Citra Universiti (School of Liberal Studies), National University of Malaysia
  • Aniza Ismail Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, National University of Malaysia
  • Faiz Daud Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, National University of Malaysia
  • Roszita Ibrahim Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, National University of Malaysia
  • Ummi Mirza Baharudin Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, National University of Malaysia

Abstract

Pengenalan

Soal selidik sebagai alat untuk mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 masih belum digunakan secara meluas oleh kebanyakan penyelidik. Di Malaysia, tiada soal selidik yang dibina dan disahkan untuk tujuan tersebut. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membina dan mengesahkan soal selidik sebagai alat ujian yang baru bagi mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli di Malaysia.

Metodologi

Kajian rintis ini melibatkan 30 orang penduduk Orang Asli di Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang. Indeks Kesahan Kandungan (CVI) digunakan untuk menguji kesahan kandungan soal selidik, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan konsistensi dalaman soal selidik ditentukan menggunakan Exploratory factor analysis (EFA) dan Cronbach’s Alpha.

Hasil Kajian

Satu set soal selidik terdiri daripada empat konstruk telah dibina iaitu kepercayaan, amalan perubatan tradisional, adat dan budaya tradisional, dan sokongan sosial. Sebanyak 16 item telah dikekalkan di dalam EFA dengan nilai Cronbach’s Alpha setiap konstruk adalah 0.617, 0.778, 0.773 dan 0.779.

Rumusan

Soal selidik yang telah dibina ini berjaya divalidasi dan boleh digunakan untuk mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli. Walau bagaimanapun, penambahbaikan masih perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan soal selidik ini relevan terutamanya jika ia digunakan ke atas populasi atau dari negara yang berbeza dari Malaysia, dengan mengambil kira juga penyakit yang berbeza.

Kata Kunci

Sosiobudaya - COVID-19 - Orang Asli - kepercayaan - perubatan tradisional – adat budaya tradisional – sokongan sosial.

 

 

 

 

Downloads

Published

2024-02-23

How to Cite

Abu Bakar, S. F., Md Isa, Z., Ibrahim, R., Ismail, A., Daud, F., Ibrahim, R., & Baharudin, U. M. (2024). Pembinaan dan Validasi Soal Selidik Faktor Sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli di Malaysia. International Journal of Public Health Research, 14(1), 1846–1852. Retrieved from https://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/article/view/465