Peranan NGO Pertubuhan Jaringan Harmoni Dalam Komuniti Memperkasa Saudara Kita Di Johor Dalam Aspek Sokongan Sosial

Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Hazny Saleh, Mohammad Naqib Hamdan, Akmaliza Abdullah, Nasiibah Ramli, Nurul Hawariah Taufek

Abstract


Kajian ini membincangkan peranan masyarakat dan NGO dalam pemerkasaan muallaf dengan penglibatan Pertubuhan Jaringan Harmoni (PJH) dalam sumbangan bantuan yang dilaksanakan kepada muallaf Malaysia di negeri Johor khususnya di kawasan Johor Baharu sebagai kajian kes. PJH ialah sebuah NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti dakwah, kesukarelawanan, dan menjaga muallaf. Selain itu, PJH juga merupakan pusat sokongan sosial yang menyediakan bantuan dan keperluan. Kajian ini memfokuskan kepada peranan masyarakat dalam penglibatan PJH dalam meningkatkan jati diri muallaf, pendidikan dan bimbingan agama, kewangan, keusahawanan dan kebajikan, dakwah, dan kaunseling, perundangan serta pelaksanaan program silaturahim antara ahli PJH dan masyarakat. Usaha ini dilakukan melalui program pengukuhan akidah muallaf iaitu Program Keharmonian Kaum, Dakwah di pedalaman Orang Asli, dan dakwah dalam media sosial serta Program Pembangunan Perniagaan. Pengumpulan data dilakukan melibatkan temu bual dengan pemimpin PJH mengenai penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan serta bentuk bantuan kepada muallaf. Kajian ini dijalankan menggunakan analisis deskriptif maklumat, temu bual dan penyelidikan profil dan laporan tahunan PJH (2019-2020) serta aktiviti dalam talian di media sosial bagi menjelaskan aktiviti dan sumbangan PJH kepada muallaf di Johor. Kajian mendapati program-program seperti Forum ‘Hijrahku Menuju Islam’ dan Dakwah Jalanan telah membimbing individu dan keluarga muallaf dalam menghadapi kesukaran selepas keislaman. Impak kajian mendapati inisiatif PJH yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dapat membantu mencapai kesejahteraan sosial Muallaf dengan objektif utama melaksanakan misi dakwah, tarbiyah, motivasi, pembangunan masyarakat, perpaduan, dan keharmonian kaum.


Full Text:

PDF

References


Anuar Puteh, Ideris Endot, Sazliza Mat Isa, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Ahmad Irdha Mokhtar & Noraini Zakaria. (2014). In Siti Rugayah Hj. Tibek, Fariza Md. Sham & Muhammad Hilmi Jalil (Eds.), Pembangunan Dakwah Muallaf. Instituti Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuar Puteh, Abd. Ghafar Hj.Don, Badlihisham Mohd. Nasir, Razaleigh Muhamat, Muhamad Faisal Ashaari & Zarinah Sezali. (2012). Cabaran Wanita Saudara Baru Bekerjaya di Daerah Sabak Bernam Jurnal al-Hikmah 4, 23-36. UKM

Azaruddin, A., & Khadijah, M. K. (2015). Faktor Pemelukan Agama Islam: Kajian terhadap Komuniti Saudara Muslim Cina di Negeri Terengganu. MANU, 22, 21–45.

Dakwah Ke Kampung Ini Sukar. (2020). https://hidayahcentre.org.my/2020/08/18/dakwah-ke-kampung-ini-sukar-silap-langkah-boleh-jadi-mangsa-buaya/, diakses pada 15 November 2020.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Noresah binti Baharom, Nor bin Ab Ghani, Ibrahim bin Ahmad, Azizah binti Supardi, Saidah binti Kamin, Aziah binti Tajudin, Salmah binti Jabbar, Hairani binti Mohd Khalid, & Rodziah binti Abdullah (eds.); Ed Keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Manzur. (2010). Lisanul Arab. Dar Al-Sodir.

James Laeng@Jamaluddin Abdullah & Yusman Nawazir. (2014). Mendepani Cabaran

Tarbiah NGO dan Kebajikan Muallaf. In Siti Rugayah Hj. Tibek, Fariza Md. Sham & Muhammad Hilmi Jalil (Eds.), Pembangunan Dakwah Muallaf. Instituti Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khadijah Mohd. Khambali@Hambali, Azarudin Awang, Suraya Sintang, Nur Farhana Abdul Rahman, Wan Adli Wan Ramli, & Khairul Nizam Mat Karim. (2017). Muhajir Penjana Interaksi dan Toleransi Beragama Saudara Baru-Muslim-Non-Muslim. Akademika, 87(2), 63–76.

Laporan Tahunan PJH. (2019).

Laporan Tahunan PJH. (2020).

Razif Shah Abdullah, Presiden PJH (Presiden, Pertubuhan Jaringan Harmoni (PJH).

Temubual bersama pengkaji (22 March 2022).

Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail. (2018). Pengurusan Muallaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Journal of Usuluddin, 46(2), 97–122.

Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail. (2018). Undang-Undang Pemelukan Islam Di Malaysia Law on Conversion to Islam in Malaysia. Jurnal Syariah, 26(3), 301–326.

Suraya Sintang, Kasim Mansur, Dayangku Aslinah Abd. Rahim, Sarip Adul, Dullah Muluk, & Roslinah Mahmud. (2018). “Saudara Baru” di Sabah: Isu dan Permasalahan Masakini. Jurnal Penyelidikan Islam, Bil. 30, 140–160.

Suraya Sintang, & Khadijah Mohd. Khambali@Hambali. (2014). Saudara Baru dan Peranannya dalam Dialog antara Agama. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 20, 109–125.

Mohd Syariefudin bin Abdullah, Mansor Mohd Nor, Ahmad Rizal Bin Mohd Yusof & Faridah Binti Che Husain (2017). Konsep Komuniti Dan Perkembangannya: Suatu Tinjauan Kritikal Terhadap Penggunaannya. Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 12, No. 3 (2017), 022 ISSN: 1823-884x.

Nurul Sya’adah Abdullah, Vice President Pertubuhan Jaringan Harmoni (PJH). Temubual bersama pengkaji (22 March 2022).

Mohd Shafie Abdullah, Business and Development officer Pertubuhan Jaringan Harmoni (PJH). Temubual bersama pengkaji (22 March 2022).

Mohd Zafran Zainal Abidin, Public Relations Officer Pertubuhan Jaringan Harmoni (PJH) Temubual bersama pengkaji (22 March 2022).

Mohamed Azam Mohamed Adil et.al. Murtad dan Kebebasan Beragama: satu Kajian Kes di Selangor, MAIS, Disember 2010.

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy & Nurhidayah Mohamed Hamidi, Muallaf di Malaysia: Isu dan Penyelesaian Pentadbiran oleh Majlis Agama Islam Selangor, USM, November 2021. Syafi’iyy, I. (2001). Al-Umm (R. F. A. Muttalib (ed.)). Dar Al-Wafa’.

Nur Najwa Hanani Abdul Rahman, Akmaliza Abdullah, Mohammad Naqib Hamdan, Aimi Wafa Ahmad. Hubungan Emosi Dan Akhlak Dalam Kekeluargaan Saudara Baru Selepas Memeluk Islam. Jurnal Umran – International Journal of Islamic and Civilizational Studies. . vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 55- 66.

Patterson, O., Weil, F. & Patel, K. The Role of Community in Disaster Response: Conceptual Models. Popul Res Policy Rev 29, 127–141 (2010).

Zuliza Mohd. Kusrin. 2001. Pendaftaran Memeluk Agama Islam di Malaysia. Jurnal Islamiyyat, 22, 13-24.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM