PENGETAHUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TENTANG PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (Knowledge of Secondary School Students on the Use of Mat Mapping in Malay Language Learning)

Jumaliah Mingan, Zamri Mahamod

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar  tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pengetahuan berdasarkan jantina, di samping menjelaskan kesesuaian penggunaan peta pemikiran terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di  sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi, Johor dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi  dengan soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengutip data di samping kaedah temu bual dan analisis dokumen.  Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai alat untuk pemerihalan data. Statistik  deskriptif  seperti peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab persoalan kajian,  manakala statistik inferensi, iaitu Ujian-t dan Ujian ANOVA digunakan untuk menjawab hipotesis kajian.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan mengenai peta pemikiran berdasarkan jantina pelajar apabila nilai signifikan didapati lebih besar daripada aras  p.0.05. Dapatan temu bual pula menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran dapat merangsang pengetahuan dan minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Peta pemikiran juga dapat dijadikan alat dalam proses pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran dalam kalangan pelajar  dapat  menjadi ukuran kepada keberkesanan peta pemikiran sebagai alat berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menengah atas.

Kata kunci: Peta pemikiran, pembelajaran, bahasa Melayu, menengah atas

Abstract: This study was conducted to identify the knowledge  students about the use of mind maps in learning the Malay language. This study also examined the differences in knowledge based on gender, as well as explain the appropriateness of the map thinking about learning Malay and Language. Respondents consisted of 300 students in Form 4 and 5 at a school in the district of Kota Tinggi, Johor. This study uses triangulation with the questionnaire used in this study to collect data as well as methods of interviews and document analysis Data were analyzed using Predictive Analytics Software ( PASW ) Statistics 18 as a tool for describing data . Descriptive statistics such as percentage, frequency, mean and standard deviation were used to answer the research questions and inferential statistics of t-test and ANOVA were used to answer the hypotheses. The results showed that there was no significant difference between the knowledge of the map based on the gender of the students thought when found significant value is greater than the significance level  p.0.05. Interview data also showed that the use of thinking maps to stimulate student knowledge and interest in learning the Malay language and make the learning process more interesting. Thinking Maps can also be used as tools in the learning process based thinking skills . Therefore, the use of mind maps in students can be a measure of the effectiveness of thinking maps as a tool for thinking and learning  of  Malay Language for upper secondary student.

Keywords: i-think, learning, Malay language, secondary school


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.