SIKAP DAN KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEMBELAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU (Attitude and Readiness Secondary School Students on Higher Order Thinking Skill in Malay Language Literature Component)

Nasyimah Ismail, Zamri Mahamod

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap perbezaan sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 322 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0.  Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Analisis deskriptif mendapati min sikap (4.04) dan kesediaan (3.98) pelajar terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi mendapati terdapat perbezaan kesediaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS. Manakala tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS. Daripada analisis menunjukkan KBAT semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam dalam KOMSAS.  Oleh itu, diharapkan guru dapat mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif menggunakan KBAT di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari KOMSAS. dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Sikap, kesediaan, sekolah menengah, kemahiran berfikir aras tinggi, bahasa Melayu, komponen sastera

Abstract: The purpose of this study is to investigate attitude and students readiness on Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Malay Literature component. Besides ,the survey also purpose to investigate difference level of attitude and students readiness on HOTS. The study had been conducted for two weeks using survey form that involved 322 secondary students from four school in Tanah Merah, Kelantan. Data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science ( SPSS) version 19.0.  Data were analyzed in descriptive using frequency, mean, percent and standard deviation. Descriptive analyzed found the mean of this study such as attitude (4.04) and readiness (3.98) on the high level. T-test had been used to identify different attitude and students readiness on HOTS by gender. Inferential analyzed found there were significant difference between male and female students in readiness on HOTS in component of  Malay Literature. There was no significant difference between male and female students  in attitude on HOTS in component of  Malay Literature. From the analysis showed that HOTS had been accepted and students showed tendency to learn component of Malay Literature in more depth. Teacher are expected to create more condusive learning condition using HOTS in the classroom. Therefore, it’s can increase student’s passion to learn Malay Literature component.

Keywords: Attitude, readiness, secondary school,  higher order thinking skills, Malay language, literature component 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.