MENEROKA KAEDAH PENGAJARAN GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI SARAWAK: SATU KAJIAN KES (Exploring Teaching Methods of Sarawak Malay Language Excellent Teacher: A Case Study)

ONG SZE CHONG, ZAMRI MAHAMOD, MOHD IZHAM MOHD HAMZAH

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah pengajaran guru cemerlang Bahasa Melayu (GCBM) di negeri Sarawak. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes ini menggunakan enam orang GCBM yang dipilih secara rawak bertujuan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara triangulasi di mana data temu bual akan disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen (iaitu buku rekod pengajaran harian). Analisis analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat enam tema utama ditemui yang banyak digunakan oleh GCBM dalam PdPc mereka, iaitu persediaan penulisan rancangan PdPc, menyediakan set induksi PdPc, mengurus bilik darjah ketika PdPc, mengamalkan pelbagai pedagogi PdPc, membuat penilaian semasa PdPc, membuat kesimpulan PdPc dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Implikasi kajian ini adalah untuk dilantik sebagai GCBM, seseorang guru Bahasa Melayu itu perlu memiliki tujuh ciri PdPc seperti yang dimiliki oleh GCBM yang dikaji tersebut.

Kata Kunci: Kaedah pengajaran, guru cemerlang, Bahasa Melayu, kajian kes

Abstract: This study aimed to explore teaching methods of Malay Language excellent teacher in Sarawak. Qualitative study using the case study design using six Malay Language excellent teacher as a participants. Data was collected through interviews, observations and document analysis. Data were analyzed by triangulation in which the data will be supplemented with interviews and document analysis of observational data (ie daily teaching record book). Analysis of qualitative data analysis concluded that there are six major themes encountered are widely used by excellent teachers in T&L, which supplies the writing program T&L, providing a set of induction of T&L, managing the classroom when the T&L, practice a variety of pedagogical T&L, to assess the current T&L, concluded T&L and use a variety of teaching aids. The implications of this study are to be appointed as Malay Language teacher it is necessary to have seven properties owned by the T&L the Malay Language excellent teacher studied.

Keywords: Teaching methods, excellent teacher, Malay Language, case study 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.