TAHAP PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN PENGAJARAN (Level of Knowledge, Understanding and Readiness Malay Language Teachers to Implementing Lesson Study)

ROHAIDA MAZLAN

Abstract


Abstrak: Kajian Pengajaran merupakan salah satu program yang digunakan sebagai salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji  tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 253 orang guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih sebagai responden. Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap Kajian Pengajaran adalah tinggi dan positif. Walau bagaimanapun, tahap kesediaan mereka untuk menjalankan Kajian Pengajaran adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu daerah Hulu Langat mempunyai tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan yang tinggi terhadap Kajian Pengajaran.

Kata kunci:  Pengetahuan, pemahaman, kesediaan, kajian pengajarn, mata pelajaran Bahasa Melayu

Abstract: Lesson study is one program that is used as one of the professional development programs for teachers. This study aims to assess the level of knowledge, understanding and readiness in implementing the Malay Language teachers in lesson study. The design of this study is a survey method using a questionnaire as an instrument to collect data. A total of 253 Malay Language teachers in the district Hulu Langat were chosen as respondents. Data for this study were analyzed using descriptive and inferential analysis. The findings show that the level of knowledge and understanding Malay Language teachers to study teaching is higher than the positive perception of the lesson study. However, their readiness to undertake teaching at a moderate level is high. The implications of this study is that teachers Malay Language Hulu Langat district levels of knowledge, understanding and a high willingness to lesson study.

Keywords: Knowledge, understanding, readiness, lesson study Malay Language subject


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.