KESAN PENGGUNAAN TEKNIK KWLH DALAM KEMAHIRAN MEMBACA KALANGAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (Effect of the KLWH Technique in Reading skills Among the Sudents of Chinese Primary School)

ABDUL RASID JAMIAN, NURFATIN NABIHAH BAHAROM

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknik know, what, learned and how (KWLH) terhadap kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Teknik KWLH merupakan teknik yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mentalis murid. Kajian ini telah dijalankan kepada 66 orang sampel kajian tahun 4 di sebuah SJKC bagi mengetahui kesan penggunaan teknik ini terhadap skor soalan pemahaman yang diberikan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan kemahiran membaca mentalis murid sebelum dan selepas rawatan iaitu teknik KWLH bagi kumpulan eksperimen. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan skor kemahiran membaca mentalis dalam kalangan murid-murid dalam praujian. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan skor kemahiran membaca mentalis dalam kalangan murid-murid dalam pascaujian setelah mereka melalui pembelajaran kemahiran membaca dengan menggunakan teknik KLWH. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa teknik ini mempunyai kekuatan iaitu dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid secara mentalis. Oleh itu, Teknik KWLH boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan sebagai satu usaha dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid SJKC.

Kata kunci: teknik KWLH, kemahiran membaca mentalis, murid SJKC

Abstract: This study was conducted to identify the effects of the use of know, what, learned and how technique (KWLH) in the mastery of reading skills among the pupils of SJKC. KWLH technique was a technique deemed to improve pupils’ mastery on reading skills. Therefore, this study was carried out among 66 samples, were year 4 pupils at a SJKC in order to determine the effects of this technique towards the comprehension questions. The findings showed that there was a significant difference in terms of pupils’ mastery on reading skills prior and subsequent to the implementation the KWLH technique for the experimented group. The findings are accepted that there was no significant difference in terms of reading skills scores among the controlled group and the experimented group in the pretest. On the other hand, showed a significant difference in the scores mastery of the reading skills of the experimented group. The research findings proved that this technique was capable in improving pupils’ reading skills. Thus, it was imperative that KWLH technique to be implemented by teachers in the process of learning and facilitating as an effort in improving the mastery of pupils’ SJKC reading skills.

Keywords: KWLH technique, mentalis reading skills, SJKC pupils’


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.