PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, SIKAP DAN MASALAH GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH (Knowledge, Skills, Attitude and Problem of Teacher's in Implementing Classroom Assessment Malay Language in Primary Schools)

SH. SITI HAUZIMAH WAN OMAR

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan sikap guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi subjek Bahasa Melayu. PBD merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 95 orang guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah pedalaman di daerah Betong, Sarawak dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu telah bersedia untuk melaksanakan PBD di mana skor min setiap elemen adalah tinggi, iaitu pengetahuan guru (min=4.075), kemahiran guru (min=4.037) dan sikap guru (min=4.078). Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu telah bersedia untuk melaksanakan PBD walaupun pelaksanaan PBD merupakan satu yang baharu diperkenalkan oleh KPM.

Kata kunci: Pengetahuan, kemahiran, sikap, pentaksiran bilik darjah, sekolah rendah

Abstract: The purpose of this study is to examine the level of knowledge, attitude, attitude and problem of teachers of Malay Language in implementing the classroom assessment (CA) for Malay Language subjects. CA is a holistic assessment, which assesses cognitive (intellectual), affective (emotional and spiritual) aspects and psychomotor (physical) in line with the Primary School Standard Curriculum and National Education Philosophy. A total of 95 Malay teachers in rural schools in Betong district, Sarawak were surveyed. The research instrument used is a questionnaire. The data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. The data were analyzed using statistical and inferential statistics. The findings show that teachers are prepared to implement CA where the mean score of each element is high, that is, the knowledge of teachers (mean = 4.075), teacher skills (mean = 4.037) and teacher attitude (mean = 4.078). The implication of this study is that the teachers of Malay Language are ready to implement the CA although the implementation of the CA is a new one introduced by Ministry of Education.

Keywords: Knowledge, skill, attitude, problem, classroom assessment, primary school


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.