Sikap dan Motivasi Murid Iban dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua

Jerie anak Peter Langan, Zamri Mahamod

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi yang dimiliki oleh murid-murid Iban sekolah rendah yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid Iban berdasarkan jantina dalam mempelajari Bahasa Melayu.  Seramai 302 orang murid Iban tahun 6 dari 15 buah sekolah rendah di daerah Kanowit dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Sosiopendidikan oleh Gardner. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data ialah soal selidik yang mengandungi 36 item. Item-item ini terbahagi kepada konstruk sikap dan konstruk motivasi. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Iban sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka.  Walau bagaimanapun, murid-murid Iban sekolah rendah menunjukkan motivasi yang rendah ketika belajar Bahasa Melayu dalam tempoh waktu yang lebih lama berbanding mata pelajaran lain. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan motivasi antara murid lelaki dengan murid perempuan yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kesimpulannya, murid-murid Iban mempunyai sikap positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu, sama ada di dalam mahu pun di luar bilik darjah.

Kata kunci: Sikap, motivasi, Bahasa Melayu, murid-murid Iban, bahasa kedua 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.