Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah

Che Zanariah Che Hassan, Fadzilah Abd. Rahman

Abstract


Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada permasalahan ini kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru tentang sikap mereka terhadap pelaksanaan kemahiran menulis serta meninjau strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru, menganalisis permasalahan kemahiran menulis yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini.

Kata kunci:  Aplikasi strategi kemahiran menulis, sikap guru, permasalahan mengajar kemahiran menulis


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.