Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui  temu bual mendalam. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 7 dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan subjek kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh (a) faktor individu, (b) psikologi, (c) faktor  kaedah pengajaran guru, (d) masa pengajaran, (e) faktor persekitaran, dan (f) buku teks bacaan yang digunakan. Sebanyak lima kesan masalah membaca, iaitu (i) gagal dalam peperiksaan, (ii) menjejaskan pembelajaran subjek lain, (iii) kesukaran menghadapi peperiksaan, (iv) kesan psikologi dan (v) kedudukan nombor di dalam kelas dihadapi oleh murid-murid yang tidak boleh membaca ini.  Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah 6 di Brunei Darussalam.

Kata kunci: Faktor masalah membaca, kesan masalah membaca, kajian kualitatif, sekolah rendah kerajaan, kemahiran membaca


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.