ANALISIS KATA HUBUNG PANCANGAN DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERTAMA OLEH PELAJAR MELAYU TINGKATAN SATU BERDASARKAN TEORI ANALISIS KESALAHAN CORDER (Analysis of Embedded Conjunctions in Malay Writing as Mother Language by Malay Form One Students Based on Error Analysis of Corder Theory)

NORAISHAH SAKILAH KAMAT, NUR FARAHKHANNA MOHD RUSLI, NORFAIZAH MOHD JABAR, AIREEN AINA BAHARI

Abstract


Abstrak: Makalah ini bertujuan menjelaskan kata hubung pancangan dalam penulisan pelajar berdasarkan teori analisis kesalahan Corder (1973). Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian dengan menggunakan alat kajian iaitu sampel teks penulisan pelajar. Responden kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah luar bandar di Segamat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan penggunaan kata hubung pancangan berlaku disebabkan empat faktor iaitu, (i) kesalahan atau ketidakjelasan struktur ayat, (ii) penggunaan kata hubung yang tidak tepat, (iii) ketiadaan penggunaan tanda baca dan (iv) kesalahan pemilihan kosa kata. Hasil kajian juga menunjukkan pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan mencatat kekerapan kesalahan tertinggi diikuti dengan pembinaan ayat majmuk pancangan relatif dan pembinaan ayat majmuk pancangan komplemen. Berdasarkan analisis teori Corder (1973), kesalahan yang berlaku adalah disebabkan oleh empat faktor, iaitu (i) pengguguran unsur-unsur yang perlu, (ii) penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, (iii) pemilihan unsur yang tidak tepat, dan (iv) penyusunan unsur yang salah. Dari segi implikasi, kajian ini menyalurkan pengetahuan yang akan dapat meningkatkan pemahaman penggunaan ayat majmuk pancangan dalam penulisan oleh pelajar, sekali gus mengelak kesalahan tatabahasa, khususnya pembinaan ayat daripada berterusan.

Kata kunci: Kata hubung pancangan, ayat majmuk pancangan, penulisan, pelajar, teori Corder

Abstract: This paper aims to examine the subordinating conjunctions found in students' essay writing based on Corder's (1973) model of error analysis.. Research data was obtained through methods such as library research and observation utilising students' writing text samples as the research tool. Research respondents were 20 Form One students from a rural school in Segamat, Johor. Research findings indicated that the misuse of subordinating conjunctions was due to four factors which are, (i) errors or ambiguity of sentence structure, (ii) inaccurate usage of conjunctions, (iii) absence of punctuation marks, and (iv) errors in vocabulary choices. Findings also indicated that the construction of adverbial compound sentences recorded the highest frequency of errors followed by the construction of relative plural compound sentences and the construction of complementary plural sentences. Based on Corder's theory analysis (1973), errors occurred on account of four factors which are, (i) omission of necessary elements, (ii) inclusion of unnecessary or inaccurate elements, (iii) adopting inaccurate elements, and (iv) incorrect positioning of elements. The research implication of this study helps provide information that can improve the comprehension on the use of compound sentences in essay writing by students, and to avoid continuous grammatical errors, respectively in sentence construction.

Keywords: Subordinating conjunctions, compound sentences, essay writing, secondary school students, Corder's theory

Full Text:

PDF

References


Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. (2016). Tatabahasa Asas. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ain Nor Azman & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2020). Analisis penggunaan kata sendi nama dalam penulisan berdasarkan teori kesalahan bahasa. LSP International Journal, 7 (1), 39-59.

Alizah Lambri. (2020). Kuliah 6: Kaedah analisis data. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada https://padlet.com/dralizah2020/BMR3996_dralizah/wish/639342575 [21 Julai 2021]

Arina Johari & Mohd. Zuber Ismail. (2013). Analisis kesalahan umum struktur ayat majmuk oleh pelajar asing. Proceedings of International Language for Communication Conference 2013. Diperoleh dari: http://irep.iium.edu.my/32395/1/analisis_kesalahan_umum-Arina.pdf [21 Julai 2021]

Corder, S.P. (1967). The significance or learner’s errors. Reprinted in J.C. Richards (Eds.). (1974, 1984). Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition. London: Longman.

Corder, S.P. (1973). Introducing Applied Linguistics. Baltimore: Penguin.

Corder. S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. London: University Press.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim Siew Lin, Yahya Othman & Abdul Rasid Jamian. (2003). Kesalahan bahasa dalam karangan pelajar. Jurnal Bahasa, 3 (2), 206-225.

Marriane Tang Nguik Hong, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Noor Syamshida Masa & Norfaizah Abdul Jobar. (2021). Analisis kefahaman makna peribahasa dalam kalangan murid berdasarkan teori relevans. Jurnal Linguistik, 25 (1), 1-20.

Norul Haida Reduzan, Normarini Norzan & Abdullah Yusof. (2018). Analisis penggunaan ayat majmuk pancangan dalam karangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. International Journal of Education, 3 (20), 41-60.

Nur Marisya dan Hani Syahira. (2020). Eksplorasi PT3: Bahasa Melayu. Seri Kembangan: Cemerlang Publication Sdn. Bhd.

Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Analisis kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan pelajar dan hubung kait dari segi makna gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (1), 77-90.

Rohaida Mazlan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mahamod. (2020). Tahappenguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 54-73.

Rozana Jaafar. (2020). Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (1), 64-76.

Siti Baidura Kasiran & Nurul Jamilah Rosly. (2011). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan pelajar asing di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. In: 2nd International Language Conference 2011. Diperoleh dari: http://irep.iium.edu.my/6212/1/Analisis_Kesalahan_Tatabahasa_Bahasa_Melayu_dalam_Karangan_Pelajar_Asing_di_Sebuah_Institusi_Pengajian_Tinggi_Awam.pdf. [21 Julai 2021]

Siti Khodijah Che Mee. (2020). Penguasaan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1), 59-73.

Siti Norsyahida Mohd A. Rashid, Nor Azuwan Yaakob & Che Ibrahim Salleh. (2015). Penggunaan bahasa dalam laman blog dari aspek morfologi. Journal of Business and Social Development, 3 (2), 34-50.

Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan tatabahasa Melayu dalam penulisan karangan pelajar. LSP International Journal, 4 (1), 23-35.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.