Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu

Zamri Mahamod, Mahidin Awang Itam, Afendi Hamat

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keberkesanan buku teks dinilai daripada empat aspek, iaitu (i) keberkesanan isi kandungan, (ii) persembahan, (iii) aktiviti dan latihan serta (iv) bahasa dan istilah. Selain itu, tahap kekerapan penggunaan buku teks Bahasa Melayu semasa P&P juga dikaji. Seramai 198 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan buku teks berada pada tahap sederhana bagi aspek isi kandungan, persembahan serta aktiviti dan latihan. Bagi aspek bahasa dan istilah menunjukkan sikap penggunaan BTBM yang tinggi dalam kalangan guru. Manakala tahap kekerapan penggunaan buku teks menunjukkan tahap penggunaan yang sederhana bagi aktiviti semasa P&P. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu kurang didedahkan tentang tata cara penggunaan BTBM secara berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, dicadangkan langkah-langkah bagi memastikan guru-guru menggunakan BTBM   dengan mempertingkatkan kualiti isi kandungan, persembahan, aktiviti dan latihan.

Kata kunci: Buku teks, isi kandungan, guru Bahasa Melayu, sekolah rendah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.