MENEROKA MAKNA UNGKAPAN DALAM BAHAN SENI BAHASA TAHUN LIMA: SATU ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF (Exploring the Expressions’ Meaning in The Year Five’s Language Art’s Material: An Analysis of Inquisitive Semantic)

GEORGE ROMIKO BUJANG, MARY FATIMAH SUBET

Abstract


Abstrak: Sajak ialah salah satu aspek seni bahasa yang diajar dengan bersistematik di peringkat pendidikan rendah. Bagi mengimbangi kognitif murid dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, satu pendekatan yang bersifat holistik dan multidisiplin perlu diketengahkan. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan semantik inkusitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) untuk merungkai makna ungkapan dalam sajak secara berperingkat sehingga menemui falsafah dan akal budi. Teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam peringkat kedua analisis semantik inkuisitif ini. Seramai 11 orang murid tahun lima telah terlibat sebagai responden kajian. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks iaitu ungkapan yang dipilih daripada sajak sebagai data kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan semantik inkusitif yang bersistematik dan multidisiplin ini berupaya mengembangkan kognitif murid dalam usaha meneroka makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Penggunaan Teori Relevans dan RRS dalam peringkat kedua analisis semantik inkuisitif menjadikan pembelajaran pendidikan seni bahasa lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Pendekatan semantik inkusitif yang diaplikasikan ini diharapkan menjadi kaedah yang sesuai dengan amalan pendidikan abad ke-21 untuk menghasilkan impak pembelajaran seni bahasa yang lebih berkualiti.

Kata kunci: Seni bahasa, teori relevans, semantik inkuisitif, semantik resonans, Rangka Rujuk Silang

Abstract: Rhyme is one of the aspects of language arts that is taught systematically in the primary education level. In facing the 21st century education, a holistic and multidisciplinary approach needs to be highlighted in order to balance pupils’ cognitive. Hence, this study was carried out using the inquisitive semantic approach introduced by Nor Hashimah (2014) to unravel the meaning of expression in rhyme in stages until it discovers philosophy and common sense. The Relevance Theory founded by Sperber and Wilson (1986) and the Cross-Reference Framework (CRF) was applied in the second stage of this inquisitive semantic analysis. 11 of year five pupils were involved as respondents to this study. This qualitative study uses the text analysis method, which is an expression chosen from a rhyme. The result found that the systematic and multidisciplinary IS approach are able to develop pupils' cognitive in an effort to explore the implicit meanings contained in the teaching and learning materials of language art. The using of Relevance Theory and CRF in the second stage of semantic resonance analysis makes learning language arts education more interesting, meaningful and enjoyable. The semantic approach applied is expected to be a suitable method of 21st century educational practices to produce a good quality impact of language arts’ learning.

Keywords: Language art, relevant theory, inquisitive semantics, resonance semantics, Cross-Reference Framework


Full Text:

PDF

References


Che Zarrina Sa’ari & Mohd Manawi Mohd Akib. (2018). Konsep jiwa menurut Al-Razi: Tumpuan terhadap perihal jiwa setelah berpisah daripada jasad. Online Journal Research in Islamic Studies, 5 (1): 33-47.

Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1), 1-12.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2), 10-22.

George Romiko Bujang & Mary Fatimah Subet. (2021). Merungkai makna sajak "Istimewanya kita": Pengaplikasian semantik inkuisitif dalam kalangan murid tahun empat. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (2), 68-79.

George Romiko Bujang & Mary Fatimah Subet. (2021). Penggabungjalinan pendekatan semantik inkuisitif dengan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran-pembelajaran bahan seni bahasa. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (2), 55-66.

Hasdi Daud, Anisah Azian Mohamad Yusub & Ibrahim Talib. (2020). Bahasa Melayu tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kempson, R. (1986). Ambiguity and the Semantics-Pragmatics Distinction. Dlm. Travis, C. (Eds.). Meaning and Interpretation. Oxford: Blackwell.

Liamputtong, P. (2014). Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mary Fatimah Subet. (2012). Teori Relevans dalam Personifikasi. Dlm. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal & Harishon Radzi (Eds.). Pemantapan dan Pembinaan Ilmu Linguistik Berasaskan Korpus, hlm. 207-223. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mary Fatimah Subet. (2019). Pengajaran-Pembelajaran Gaya Bahasa: Aplikasi Teori Relevans. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Mohd Ridzuan Md Nasir & Mary Fatimah Subet. (2018). Inovasi pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu menggunakan Semantik Inkuisitif. Multi-Disciplinary Research Journal, 3 (3), 30-42.

Muhammad Fauzi Jumingan. (2003). Penterjemahan bahasa figuratif Arab Melayu: Satu analisis teori relevans. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan Pen- dalam Bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA Online Journal, 9 (2), 57-72.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sperber, D. & Wilson, D. (1986). Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin. (Pnyt.). Relevans Komunikasi dan Kognisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Arabi Idid. (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usman Awang. (2009). Jiwa Hamba. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.