PENGGUNAAN BAHASA RANCU DALAM MEDIUM TWITTER OLEH GENERASI Z (Mixed Language in Twitter Medium by Z Generation)

NURKHAIRUNNISHA AMANI MOHD FAIZAL, NURUL EMELDA ABDULLAH SAFARIZAL, NUR FARAHKHANNA MOHD RUSLI

Abstract


Abstrak: Makalah ini bertujuan mengenal pasti penggunaan bahasa rancu dalam kalangan generasi Z di medium Twitter dan membincangkan punca penggunaan bahasa rancu oleh generasi Z. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam mengumpul data. Tujuh ciapan pengguna Twitter yang terdiri daripada ciapan oleh generasi Z dipilih sebagai instrumen kajian. Ketujuh-tujuh, ciapan tersebut dipilih secara rawak daripada medium Twitter terpilih, tiga daripadanya digunakan untuk melihat variasi penggunaan bahasa rancu oleh golongan tersebut, manakala empat lagi digunakan untuk menjelaskan punca penggunaan bahasa rancu dari aspek pandangan pengguna media sosial Twitter itu sendiri.  Hasil kajian mendapati bahawa generasi Z menggunakan bahasa rancu ketika memberikan komentar dalam ciapan di media sosial seperti percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, kata singkatan, kesalahan morfologi dan ejaan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat segelintir pengguna media sosial yang peka terhadap penggunaan bahasa rancu dan menyatakan punca penggunaan tersebut berlaku disebabkan kurang pengetahuan tentang kosa kata bahasa Melayu, sikap mementingkan pengusaan bahasa Inggeris, sikap sambil lewa terhadap penggunaan bahasa Melayu dan pengaruh media sosial. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan mengetengahkan kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna media sosial bagi mengelak kekeliruan dalam berbahasa selain mengelakkan isu pencemaran bahasa daripada berterusan.

Kata kunci: Bahasa rancu, generasi Z, Twitter, pencemaran bahasa, percampuran bahasa

Abstract: This paper aims to identify the mixed language in Twitter medium by Z generation and explain the causes of mixed language by Z generation. This study is a qualitative survey study using library research and observational methods in collecting data. Seven Twitter user’s tweets consisting of tweets by generation Z were selected as research instruments. All seven tweets were randomly selected from selected Twitter, three tweets are used to see variations of the mixed language, while four others were used to explain the causes of mixed language from the perspective of Twitter users themselves. The results of the study found that Z generation used mixed language when commenting tweets on social media such as mixing Malay language with English language, using abbreviations, morphological and spelling errors. The results also showed that there were a few social media users who were sensitive to the use of mixed language and stated that the cause of the use was due to lack of knowledge about Malay vocabulary, English language proficiency, careless attitude towards Malay language use and social media influence. In terms of implication, this study aims to highlight the importance of the correct use of the Malay language among social media users to avoid confusion in speaking as well as to prevent the issue of language pollution from continuing. The research implication of this study suggests that the comprehension on the use of compound sentences should be refined in essay writing to avoid continuous grammatical errors respectively in sentence construction.

 

Keywords: Mixed language, Z generation, Twitter, language pollution, language mixes

 


Full Text:

PDF

References


Aman Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Mohammed Azlan Mis. (2021). Masalah murid etnik Bajau dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Borneo International Journal, 4 (3), 26-36.

Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Mahali. (2020). Kerancuan bahasa dalam karangan murid sekolah menengah di Daerah Tuaran, Sabah. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 31 (2), 97-132.

Atika Hassan, Duli Kamit & Evelyn Bangkang Jawi. (2021). Faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 40-56.

Beta Puspa Sari. (2015). Dampak penggunaan bahasa gaul di kalangan remaja terhadap bahasa Indonesia. Prosiding Seminar Nasional Bulan Bahasa UNIB 2015, hlm. 171-176. Indonesia.

Tapscott, Don. (2012). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World. London: The McGraw Hill-Ascent Audio.

Fariza Md. Sham. (2018). Generasi Z dan isu perpaduan. Proceedings International Colloquium on Integration Platform: Binding Differences and Diversity 2018, hlm. 14-19. Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fatima Wati Halim, Aizan Sofia Amin, Rozainee Khairudin, Norhayati Ibrahim, Fariza Md Sham & Zuliana Zuki. (2018). Identiti generasi Z dari perspektif personaliti, motivasi pencapaian dan kesukarelawan: Impaknya terhadap kesediaan ke tempat kerja. Proceedings International Colloquium on Integration Platform: Binding Differences and Diversity 2018, hlm. 25-45. Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim Musa & Halimah Pondo. (2012). Isu Sosiolinguistik di Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman Abdul Manaf, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakon, Abdul Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media baharuterhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication, 4 (15), 141-153.

Khairun Dzuria Azniza Mat Yazid, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Nordiana Hamzah, Farra Humairah Mohd, Hasrina Baharum & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Penggunaan bahasa rojak dalam aplikasi whatsapp: Analisis teori relevans. Prosiding Seminar Antarabangsa Komunikasi dan Budaya 2020, hl. 127-132. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Noor Aida Mahmor, Faizah Ahmad & Nasariah Mansor. (2014). Kerancuan bahasa: Cabaran dalam pendidikan negara dan pembinaan negara bangsa. Prosiding Seminar Ketahanan Nasional 2014, hlm. 1-20. 23 Disember 2014, Premiera Hotel, Kuala Lumpur.

Noor Aida Mahmor, Nasariah Mansor & Faizah Ahmad. (2016). HaHaHa…Cool Gila Kau Punya Acting Ariana: Percampuran Kod dalam Novel The Wedding Breaker. Journal of Education and Social Sciences, 4, 192-200.

Nur Azlina Jalaluddin & Nurhasyinda Shahidan. (2017). Modenisasi bahasa di kalangan gen Z. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kali ke-2, hlm. 1-14. 26-27 April 2017, Kolej Universiti Sains Islam.

Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Lokman Hakim Abdullah & Azizah Ligaspi. (2022). Kata singkatan menjejaskan kewibawaan bahasa Melayu. Majalah Dewan Bahasa, 15 April. Dicapai daripada https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/03/31/memperkasakan-bahasa-melayu-tanggungjawab-kita-bersama/

Periasamy Muthan. (2022). Memperkasakan bahasa Melayu tanggungjawab kita bersama. Majalah Dewan Bahasa, 31 Mac. Dicapai daripada https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/03/31/memperkasakan-bahasa-melayu tanggungjawab-kita-bersama/

Siti Noraien Razali. (2016). Kesantunan berbahasa dalam buku Pemimpin dalam Ungkapan Melayu karya Tenas Effendy. Disertasi Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Tay Meng Guat. (2011). Analisis linguistik terhadap penggunaan bahasa sms dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, 10, 1-26.

Zaidi Ismail. (2012). Bahasa Melayu dalam media baharu: Sejauh manakah diutamakan? Dewan Bahasa, Jun 2012. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.