TAHAP PEMAHAMAN DAN INTEGRITI GURU BAHASA MELAYU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH RENDAH (Level of Understanding and Integrity of Malay Language Teachers to Implementing Classroom Assessment in Primary School)

ASHMA SAID, DARAYANI JOHARI, NOOR MARINA YUNUS, NURHIDAYAH MAT HUSIN

Abstract


Abstrak: Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap pemahaman dan integriti guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) di peringkat sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden kajian terlibat seramai 103 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen soal selidik berbentuk Google Form telah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dan dihuraikan secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan nilai skor min yang tinggi bagi aspek tahap pemahaman dan integriti guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah mempunyai tahap pemahaman dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan PBD di sekolah. Tahap pemahaman dan integriti yang tinggi amat diperlukan dalam memastikan pelaksanaan PBD yang dijalankan oleh setiap sekolah adalah telus dan bertanggungjawab. Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam usaha untuk memastikan PBD dapat dilaksanakan secara berintegriti dan beretika oleh setiap guru yang diamanahkan.

Kata kunci: Pentaksiran bilik darjah, tahap pemahaman, tahap integriti, guru sekolah rendah, guru bahasa Melayu

 

Abstract: This study was conducted to see the level of understanding and integrity of Malay language teachers in implementing classroom assessment (PBD) at the primary school level. This study is quantitative in nature using a survey study design. The respondents of the study involved a total of 103 Malay language teachers in primary schools in the district of Tuaran, Sabah. A questionnaire instrument in the form of Google Form was used in this study. Data were collected and described descriptively. The results show that the mean score value is high for aspects of the level of understanding and integrity of Malay language teachers in implementing PBD is high. This shows that primary school Malay language teachers have a high level of understanding and integrity in implementing PBD in schools. A high level of understanding and integrity is essential in ensuring that the implementation of PBD carried out by each school is transparent and accountable. It is hoped that this study can help the school, PPD, JPN and KPM in an effort to ensure that PBD can be implemented with integrity and discipline by each teacher entrusted.

Keywords: Classroom assessment, level of understanding, level of integrity, primary school teacher, Malay language teachers

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Said Ambotang & Shanti Gobalakrishnan. (2017). Tahap integriti dan kesediaan guru dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah rendah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2 (4), 1-22.

Ali, R.M., & Veloo, A. (2017). Teachers’ autonomy and accountability in assessing Students’ physical education in school-based assessment. In I. H. Amzat & N. P. Valdez. (Eds.). Teacher Development And Towards Professional Empowerment Practices Perspectives Ccross Borders, pp. 71. New York: Spingers

Aniza Ahmad. (2014). Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anniliza Mohd Isa, Al Amin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Wan Fadhlurrahman Wan Md Rasidi. (2020). Transformasi pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah, kesan terhadap autonomi guru. Dlm. Isu dan Cabaran Pendidikan: Strategi dan Inovasi, hlm. 218-231. Pulau Pinang: Kaizentrennovation Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Petaling Jaya: McGraw Hill (M) Sdn. Bhd.

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang. (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Journal of Social Science, 2, 1-7.

Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali. (2021). Evaluation of the implementation of classroom assessment among primary school mathematics teachers. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.2.7.2021

Gengatharan, K. & Azali Rahmat. (2019). Keperluan Modul Pentaksiran Pendidikan Kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 8 (2), 19-27.

Halimah Jamil & Rozita Radhiah Said. (2019). Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (2), 25-36.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.

Khokhotva, O. (2018). Lesson study in Kazakhstan: Case study of benefits and barriers for teacher. International Journal for Lesson and Learning Studies, 7 (4), 250-262. https://doi.org/10.1108/IJLLS-04-2018-0021

Lee Hoi Yeh & Mohd Zahuri Khairani. (2018). Pelaksanaan PBD guru-guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam pengajaran dan pelajaran berasaskan estetik. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6, 1-10.

Noorzeliana Idris. (2016). Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan guru. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noraini Idris. (2016). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Guru. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sh Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 1-12.

Tschannen-Moran, M & Garies, C.R. (2004). Principals’ sense of efficacy: Assessing a promising construct. Journal of Educational Administration, 42 (5), 573-585.

Tuan Azlyna Tuan Soh. (2013). Kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, & Nik Mohd Rahimi Mohd Yusoff. (2010). Pentaksiran Bilik Darjah: Panduan untuk guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia


Refbacks

  • There are currently no refbacks.