Pengetahuan Teknologi Pedagogikal Kandungan Kesusasteraan Melayu: Peranan Guru Sastera dalam SPN 21

Rozaiman Makmun, Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd Taib, A. Rahman Haron

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan guru sastera dalam pelaksanaan pendidikan Kesusasteraan Melayu sesuai dengan tuntutan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) di Brunei Darussalam. Perbincangan ini dibuat berdasarkan Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Kandungan (PTPK) yang dikembangkan oleh Punya Mishra dan Matthew J. Koehler daripada idea asal Shulman tentang Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK). Perbincangan seterusnya mengarah kepada peranan guru sastera yang berkaitan dengan lima jenis pengetahuan yang saling berhubungan, iaitu pengetahuan  kandungan, pengetahuan pedagogikal, pengetahuan latar belakang dan kesediaan pelajar, pengetahuan penaksiran, dan pengetahuan teknologikal. SPN 21 yang baru dilaksanakan pada tahun 2008 menuntut proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar dan mengutamakan penerapan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Artikel ini mempersoalkan sejauh mana pengetahuan guru sastera dalam memenuhi tuntutan ini dan menegaskan bahawa kajian yang berkaitan dengan PTPK guru sastera perlu dilaksanakan. Maklumat yang diperoleh daripada kajian tentang PTPK guru sastera tersebut dijangkakan sangat penting dan perlu sebagai bahan rujukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Kata kunci: Pengetahuan teknologikal pedagogikal kandungan, pengajaran dan pembelajaran, kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan negara abad ke-21, dan pembelajaran berpusatkan pelajar


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.