Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu Murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (Malay Vocabulary Mastery of Attention Deficit Hyperactivity Disorder Students)

SITI NORIDAYU ABD. NASIR, HAZLINA ABDUL HALIM, ROHAIDAH KAMARUDDIN

Abstract


Abstrak: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah masalah gangguan, kecelaruan dan kurangnya fokus dalam aspek pembelajaran. Ia melibatkan penguasaan kosa kata bahasa pertama murid ADHD. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan kosa kata bahasa Melayu melalui visual tentang pekerjaan serta membincangkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan Teori Behaviourisme Skinner. Dua objektif kajian ini dibincangkan secara kualitatif secara mendalam. Responden bagi kajian ini adalah seorang murid lelaki ADHD yang berusia 15 belas tahun. Sebanyak 20 item kajian tentang jenis pekerjaan yang perlu dijawab oleh responden dengan menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang betul. Item diberikan dalam bentuk visual berwarna dan responden hanya perlu menjawab jenis pekerjaan mengikut visual yang dipaparkan. Dapatan kajian memperlihatkan hanya lapan soalan sahaja dapat dijawab dengan tepat menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang betul. Maka, terdapat 12 item soalan gagal dijawab dengan tepat menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang betul. Hal ini berlaku kerana, penguasaan bahasa Melayu murid ADHD yang tidak sama seperti murid normal pada usia 15 tahun telah menguasai kosa kata bahasa Melayu yang lebih kompleks. Namun begitu, pengaruh penggunaan kosa kata bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dapat dikuasai kerana penggunaan yang berulang kali dalam persekitaran keluarga responden. Aplikasi Teori Behaviourime Skinner dalam penerapan pengukuhan positif dapat memotivasikan penguasaan bagi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu. Namun, pengukuhan negatif memberikan kesan kurangnya keyakinan dalam proses pembelajaran kosa kata bahasa Melayu apabila mendapat teguran kerana memberikan jawapan yang tidak tepat. Kajian ini mencadangkan agar keluarga kepada murid ADHD membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu melalui latihan lisan, visual dan tontonan rancangan yang bersesuaian.

Kata kunci: ADHD, penguasaan bahasa, kosa kata, bahasa Melayu, Teori Behaviourisme B.F. Skinner

Abstract: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) is a problem of distraction, confusion and lack of focus in aspects of learning. It involves mastering the vocabulary of the ADHD student's first language. Therefore, this study was conducted to identify the mastery of Malay vocabulary through visuals about career and discuss the mastery of Malay vocabulary with Skinner's Theory of Behaviorism. The two objectives of this study are qualitatively discussed in depth. The respondent for this study is a 15-year-old ADHD male student. A total of 20 research items about the type of job that respondents need to answer using the correct Malay vocabulary. Items are given in the form of colored visuals and respondents only have to answer the type of job according to the displayed visuals. The findings of the study show that only eight questions can be answered correctly using the correct Malay vocabulary. So, there are 12 question items that fail to be answered correctly using the correct Malay vocabulary. This happens because ADHD students' mastery of Malay, which is not the same as normal students at the age of 15, has mastered more complex Malay vocabulary. Nevertheless, the influence of the use of English vocabulary as a second language can be controlled due to repeated use in the respondent's family environment. The application of Skinner's Behaviorime Theory in the application of positive reinforcement can motivate mastery for learning Malay vocabulary. However, negative reinforcement gives the effect of lack of confidence in the process of learning Malay vocabulary when reprimanded for giving incorrect answers. This study suggests that the families of ADHD students help improve the mastery of Malay vocabulary through oral, visual training and watching appropriate shows.

Keywords: ADHD, language mastery, vocabulary, Malay language, Behaviorism Theory by B.F. Skinner

 


Full Text:

PDF

References


Agus Riyan Oktori & Yandi Hafizallah. (2021). Pandemik Covid-19: Perilaku manusia, dan psikologi sosial, suatu tinjauan teoritis. Counselle, 1 (2) Dec., 152-166.

Ahmad Zulfadhli Nokman, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Azman Che Mat, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Arifin Sapar. (2021). Manfaat pinjaman kosa kata bahasa Melayu dari bahasa Arab terhadap pelajar bahasa Arab. International Journal of West Asian Studies, 13, 209-219.

Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu kajian kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 17-23.

Dayang Julida Abang Tar & Muhd Izwan Mahmud. (2021). Minat, tingkah laku distruptif dan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (4), 49-64.

Gita Indriana Lestari & Izzatin Kamala. (2020). Gambaran perilaku anak hiperaktif pada Siswa Kelas I Sd Negeri Ii Demak Ijo. Elementary School, 7 (2) Julai, 225-232.

Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan pedagogi inklusif bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (2), 197-210.

Ida Puteri Mahsan. (2021). Ekspresi seni dan komunikasi visual murid berkeperluan khas dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10 (1), 41-54.

I Made Sudarma Adiputra, Ni Luh Ayu Yustikarini, Istri Dalem Hana Yundari, Ni Wayan Trisnadewi & Ni Putu Wiwik Oktaviani. (2021). Persepsi guru paud tentang Attention Deficit Hyperactivity Disorder pada anak usia prasekolah (3-6 Tahun). Jurnal Akademika Baiturrahim Jambi, 10 (1), 9-21.

Khairul Madihah Mansor, Nur Farahkhanna Mohd. Rusli & Norazimah Zakaria. (2021). Analisis punca kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Prosiding Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu, hlm. 181-190. Anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, pada 13-14 September 2021.

Kiki Melita Andriani, Maemonah & Rz. Ricky Satria Wiranata. (2022). Penerapan Teori Belajar Behavioristik B. F. Skinner dalam Pembelajaran: Studi analisis terhadap artikel jurnal terindeks sinta tahun 2014-2020. Jurnal SALIHA, 5 (1) Januari, 78-91.

Melvin Anak Maxwell & Shahlan Surat. (2020). Pengaruh latar belakang keluarga dan pencapaian akademik pelajar di SMK Bau. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (1), 227-233.

Mohamad Rozi Kasim. (2021). Hubungan kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba: Satu analisis perbandingan kosa kata dasar. Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 21 (1) Jun, 41-66.

Mohd. Arshad Yahya & Mohd Firdaus Abdullah. (2020). Intervensi inklusif sukan terhadap murid gangguan kecelaruan tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 35 (2), 131-143.

Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman & Herlina Jupiter. (2021). Isu dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di ambang kemerdekaan Tanah Melayu. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6 (41), 111-125.

Muhammad Firdaus Abdul Manaf, Muhammad Zaid Shamshul Kamar, Mohamad Redha Mohamad & Ilman Mursyid Idris. (2021). Penerapan bahasa Arab dalam kurikulum kanak-kanak di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 14 (1), 13-19.

Nor Aroma Abu Bakar, Puvaneswary a/p Batmanathan & Zetty Nurzuliana Rashed. (2021). Tahap motivasi belajar dalam kalangan murid di dua buah sekolah di daerah Hilir Perak. Proceeding of The 8th International Conference on Management And Muamalah 2021, hlm. 667-675. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia.

Nora’Azian Nahar & Nurul Jamilah Rosly. (2022). Persepsi guru-guru bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu sepanjang pandemik Covid-19. Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 22 (1), 149-172.

Nurhidayah Fitriyani, Shanty Komalasari & Yulia Hairina. (2021). Konsep punishment dalam pengasuhan: Studi komparatif pemikiran B.F. Skinner dan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Jurnal Al Husna, 2 (3), 240-259.

Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud & Mohd Mahzan Awang. (2019). Penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah realiti dan cabaran di sekolah pelbagai teknik. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Kedua 2019, hlm. 1152-1166. Anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putera Malaysia.

Nurul Farhana Yahya & Mohd Izwan Mahmud. (2021). Pengaruh Hubungan ibu bapa terhadap minat kerjaya anak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (4), 210-216.

Okarisma Mailani, Irna Nuraeni, Sarah Agnia & Jundi Lazuardi. (2022). Bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan manusia. Jurnal KAMPRET, 1 (2), 01-10.

Rati Mei Ningrum, Satrio Wibowo, Asmika Madjri & Mega Ulfah. (2022). Literature review: Hubungan terapi bermain dengan daya konsentrasi pada anak gangguan pemusatan perhatian dan hiperaktivitas. Journal of Issues in Midwifery, 6 (1) April-Julai, 1-9.

Savitry Chelliah & Norasmah Hj Othman. (2022). Tahap penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi mata pelajaran Perniagaan murid bukan Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (5), 1-16.

Selfia Darmawati & Nuryani. (2020). Perkembangan bahasa pragmatik pada anak Attention Deficit Hyperactivity Disorde: Kajian neurolinguistik. Journal of Early Childhood Education, 1 (1) Jun, 21-36.

Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif, Mad Nor Madjapuni & Muralindran Mariappan. (2020). Implementasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam pembangunan Modul Robot M-Solat. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 5 (35), 38-48.

Syamira Mohamad Nor & Harun Baharudin. (2021). Masalah murid disleksia dan gaya pengajaran guru dalam pembelajaran bahasa Arab. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1 (2), 26-44.

Tiong Siu Ing & Mohd Khairi Zawi. (2022). Tingkah laku tidur di kalangan atlet sekolah di Daerah Miri, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (3), 1-14.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.