Keberkesanan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa

Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Fadzilah Ab. Rahman

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini membincangkan daripada dua aspek berikut, iaitu  keberkesanan penggunaan komputer dan juga isu berkaitan gender. Seramai  60 orang murid daripada dua kelas yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan.  Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan.   Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi kesan positif kepada murid.

Kata kunci: Tatabahasa, keberkesanan, gender, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.