Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kartun dalam Transformasi Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, Huzaiman Hashim

Abstract


Penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid. Justeru, guru yang mampu menjadikan proses pengajaran berkesan ialah guru yang cemerlang. Hal ini selari dengan tema Hari Guru 2011, iaitu ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Kajian yang dijalankan ini bertepatan dengan transformasi  pengajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar penulisan karangan. Kajian ini melibatkan persepsi 56 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis kartun yang kerap digunakan dalam pengajaran penulisan karangan ialah animasi, iaitu 62.5 peratus, komik bersiri 60.7 peratus, dan gag 51.0 peratus. Manakala strategi yang paling tinggi, iaitu murid diminta membina beberapa ayat berdasarkan bahan gambar kartun memperoleh min 2.51 (SP= 0.83). Murid juga diminta untuk menyebut beberapa perkataan berdasarkan bahan gambar kartun, iaitu min 2.39 (SP= 0.80). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan kartun masih lagi tidak popular dalam kalangan guru yang mengajar penulisan karangan sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor.

Kata kunci: Penulisan karangan, bahan kartun, sekolah kebangsaan, strategi, bahan bantu mengajar


Full Text:

Untitled

Refbacks

  • There are currently no refbacks.