FAKTOR DAN KESAN KECICIRAN MURID SEKOLAH RENDAH DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU: SATU SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK (Factors and Effects of Primary School Student Dropout in Malay Language Subject: A Systematic Literature Review)

NUR FAIQAH NASUHA MUHD ZAFRULLAH, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


ABSTRAK: Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dalam konteks pendidikan di Malaysia. Semua murid di Malaysia perlu menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa masih terdapat keciciran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya penguasaan literasi asas bahasa Melayu. Isu mengenai kelemahan penguasaan 3M dalam kalangan murid khususnya bagi murid sekolah rendah adalah masalah lama yang semakin kritikal pada masa ini dan jika tidak diberi perhatian oleh semua pihak, sememangnya ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kemenjadian murid saban hari. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian Sorotan Literatur Sistematik (Systematic Literature Review-SLR) yang meneliti secara terperinci tentang isu keciciran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada keciciran, menganalisis kesan keciciran murid serta memberi cadangan penambahbaikan dan intervensi dalam menangani masalah keciciran murid di sekolah rendah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan konsep gambar rajah aliran PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematics Review and Meta Analyses) dengan membuat carian di pangkalan data utama, iaitu Google Scholar, ResearchGate, serta laman web rasmi Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu dan Jurnal Dunia Pendidikan. Hasil daripada kajian ini, sejumlah 191 artikel telah dianalisis dan sebanyak 21 buah artikel telah menepati kriteria pemilihan tentang faktor, kesan dan cadangan penambahbaikan. Hasilnya antara faktor yang faktor utama penyumbang keciciran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah termasuklah sikap, motivasi dan kesediaan murid serta peranan dan sokongan ibu bapa yang kurang memberansangkan. Isu keciciran murid juga dapat dilihat melalui faktor sosioekonomi murid serta faktor persekitaran pembelajaran. Pengaruh rakan sebaya juga sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang keciciran murid. Menjelang wabak COVID-19 yang melanda negara kita, perkara itu juga sudah menjadi faktor utama pada ketika itu, berlakunya isu keciciran murid khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan kepelbagaian strategi pengajaran guru, penglibatan ibu bapa serta penyediaan kemudahan akses pendidikan sebagai antara strategi utama untuk menangani isu ini secara bersepadu. Diharapkan hasil kajian ini akan memberi sumbangan penting kepada pendidikan negara dalam usaha merapatkan jurang pendidikan dan mengurangkan risiko keciciran murid.

Kata kunci: Keciciran Murid, Bahasa Melayu, Sekolah Rendah, Faktor dan Kesan Keciciran Murid 

ABSTRACT: Malay is the official language in the Malaysian education system. All students in Malaysia are required to master the basic literacy and numeracy skills, commonly referred to as the 3R (reading, writing, and arithmetic). However, the Ministry of Education Malaysia has identified that student dropout, particularly in the Malay Language subject and literacy mastery, remains a pressing issue. The problem of inadequate mastery of the 3Rs among primary school students is long-standing and increasingly critical. Without proper attention from all stakeholders, this issue could negatively impact student development over time. The rising number of student dropouts each year is alarming, exacerbated by the COVID-19 pandemic, which has further impeded learning and increased dropout rates. Hence, this study is a Systematic Literature Review (SLR) that examines in detail the issue of student dropout in the Malay Language subject at the primary school level. The main objectives of this study are to identify the contributing factors of student dropout, analyze its impacts, and propose improvement measures and interventions to address this issue. The study employed the PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta Analyses) flow diagram approach and conducted database searches through Google Scholar, ResearchGate, and the official websites of the Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu and Jurnal Dunia Pendidikan. As a result of this study, a total of 191 articles were analyzed and 21 articles met the selection criteria regarding factors, effects and suggestions for improvement. The results showed that among the main factors contributing to student dropout in the Malay Language subject in primary schools include the attitude, motivation and readiness of students as well as the role and support of parents who are less encouraging. The issue of student dropout can also be seen through the socio-economic factors of students and factors of the learning environment. Peer influence is also to some extent a contributing factor to student dropout. In the wake of the COVID-19 outbreak that hit our country, this matter had also become a major factor at that time, the occurrence of student dropout issues, especially in the Malay Language subject in primary schools. Accordingly, this study recommends diverse teaching strategies, parental involvement, and equitable access to educational facilities as core strategies for addressing this issue holistically. It is hoped that the findings of this study will make a meaningful contribution to the national education agenda, particularly in narrowing educational gaps and reducing the risk of student dropout.

Keywords: Student Dropout, Malay Language, Primary School, Factors and Effects of Dropout


Full Text:

PDF

References


Ain Nur Atika Agus. 2022. Masalah dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1): 50-62.

Aman Syah Syed Ali, Zamri Mahamod & Mohammed Azlan Mis. 2021a. Masalah murid etnik Bajau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Borneo International Journal, 4(3): 26-36.

Aman Syah Syed Ali, Zamri Mahamod & Mohammed Azlan Mis. 2021b. Masalah penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Kertas Konsep yang Dibentangkan dalam Konvensyen Bahasa Melayu. November 2021, IPG Kampus Bahasa Melayu.

Amirah Azhar, Zamri Mahamod, Nur Syuhada Mat Husin & Noorfaraasikin Abdullah. 2023. Kekangan dan strategi guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam meningkatkan motivasi murid selepas pasca pandemik COVID-19. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(1): 73-88.

Faris Danial Razi. 2020. PKP: Teknologi Jadi Kekangan kerja dan pembelajaran di rumah, tetapi ada 'jalan' lain. Berita Astro Awani. 13 April. Diakses pada 5 Mac 2025, daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-teknologi-jadi-kekangan-kerja-dan-pembelajaran-di-rumah-tetapi-ada-jalan-lain-238178

Gusenbauer, M. & Haddaway, N.R. 2020. Which academic search systems are suitable for systematic reviews or meta-analyses? Evaluating retrieval qualities of Google Scholar, PubMed, and 26 other resources. Res Synth Methods, 11(2): 181-217.

Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Samsul Farid Samsuddin & Asnarulkhadi Abu Samah. 2021. The ABC of systematic literature review: the basic methodological guidance for beginners. Quality & Quantity, 55(4): 1319-1346.

Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. 2021. Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1): 16-28.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2021. Statistics Malaysia. Dicapai pada 7 Mac 2025 daripada https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epLogin.seam

Karantzas, O.G. 2019. Attachment security priming: a systematic review. Current Opinion in Psychology, 86-95.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Mohamad Rozi Kasim. 2021. Program LINUS Bahasa Melayu: beberapa kelemahan dalam penilaian dan cadangan penambahbaikan. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2): 1-10.

Mohammad Fadzia Termize, Ruhizan Mohd & Ahmad Zamri Mansor. 2021. Tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid B40 di sekolah luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1): 707-717.

Mohd Alif Jasni, Nazirah Hassan, Fauziah Ibrahim & Mohammad Rahim Kamaluddin. 2022. Isu gelandangan dan keciciran pendidikan dalam kalangan gelandangan kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(8): e001692.

Mohd Mahzan Awang, Khairul Farhah Khairuddin, Abdul Razaq Ahmad, Sayuti Ab Ghani, Jamalul Lail Abdul Wahab & Raja Mohd Salahuddin Raja Mamat. 2022. Ketidakhadiran ke sekolah: Faktor penyebab, aktiviti ketika ponteng dan aspirasi budaya belajar pelajar Orang Asli. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 19(1): 227-308.

Ngien Hock Wuong, Murugan Rajoo & Noor Azah Samot@Samat. 2022. Analisis literatur bersistematik terhadap hubungan antara keterlibatan ibu bapa dengan prestasi akademik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4): 344-363.

Nik Nur Azizah, Nik Halman & Mohd Norizan 2018. Keciciran Pendidikan di peringkat sekolah rendah dalam kalangan murid Orang Asli Hulu Terengganu. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam.

Norfarahzatul Asikin Zakari, Mohamad Zuber Abd Majid & Muhammad Hussin. 2022. Keciciran murid sekolah di Malaysia: Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2).

Nurhidayah Mat Husin & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2023. Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid Tahun 1 di SJKC dari perspektif guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1): 279-292.

Nur Adila Abdul Wahab & Sakini Mohd Said. 2022. Tangani segera isu keciciran . Dicapai pada 10 April 2025 daripada Laman Web Bernama: https://bernama.com/bm/b_fokus/news.php?id=2042498

Nur Faizahton Saidin & Nur Azimah Mohd Bukhari. 2023. Faktor keciciran murid-murid pemulihan khas sekolah rendah di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, 34(1): 26-48.

Nur Faraliana Mohd Yusoff & Wan Azni Wan Mohamad. 2024. Aktiviti pemulihan literasi Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rendah kebangsaan di 5 daerah di Pulau Pinang dan sebuah sekolah menengah di Kedah. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-9 (PASAK9 2024), pada 17-18 Julai 2024.

Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. 2021. Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3): 250-264.

Nurul Azira Sapian & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2022. Pelaksanaan pendekatan pedagogi terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu: Kajian literatur sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(8): e001684.

Nurul Azira Sapian & Zamri Mahamod. 2021. Penglibatan murid-murid sekolah kebangsaan di kawasan bandar dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian daripada persepsi guru Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2): 80-97.

Nurul Husna Jamil & Nur Farahkhanna Mohd Rosli. 2025. Faktor masalah bacaan murid disleksia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 15(1): 15-29.

Nurul Jamilah Rosly & Nor Zainiyah Zarita Mokhtar. 2021. Mendepani cabaran literasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli Jakun Lenga, Johor: Satu tinjauan awal. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(3): 83-102.

Powers, K.A. 2017. Educational interventions to improve support for family presence during resuscitation: A systematic review of the literature. Dimensions of Critical Care Nursing, 36(2): 125-138.

Salfarina Ali & Nor Azwahanum Nor Shaid. 2025. Fenomena masalah membaca dalam kalangan murid Tahun 1 di sekolah kebangsaan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 10(5): e003347.

Sarah Nur Najwa Mohd Nasir & Maslida Yusof. 2022. Sorotan literatur bersistematik kajian bahasa komunikasi di internet dari sudut pragmatik. GEMA Online® Journal of Language Studies, 22(2): 185-204.

Siti Kausar Zakaria & Mohd Noor Daud. 2021. Penjanaan kemahiran insaniah melalui gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4): 65-76.

Sofianie Sulaiman & Wan Muna Ruzanna Wan Muhammad. 2024. Faktor Keciciran murid di sekolah peribumi Penan. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(1): 424-438.

Syafnie Syahirah Rosli & Nor Azwahanm Nor Shaid 2022. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam pengajaran Bahasa Melayu semasa pandemik COVID-19. Proceedings of the International Conference on Global Education, 30-39. Dicapai pada 7 Mac 2025 daripada http://114.5.194.187/index.php/ICGE/article/view/85

Tan Hui Hian. 2021. Permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Batu Pahat, Johor. Laporan Projek bagi Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Wan Nur Izzati Hazwani Kashfi, Norhayati Che Hat, Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Nurazan Mohmad Rouyan & Zaharah Hussin. 2022. Cabaran dan permasalahan pembelajaran murid B40 di sekolah rendah di Malaysia. QALAM: International Journal of Islamic and Humanities Research, 2(4): 17-28.

Zahanim Ahmad & Ayu Nor Azilah Mohamad. 2024. Keciciran pembelajaran dalam kalangan murid: Satu penelitian dan tinjauan awal. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-9 (PASAK9 2024).

Zaliza Mohamad Nasira dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Social and Behavioral Sciences, 134: 408-415.

Zamri Mahamod, Rohaida Mazalan, Norziah Amin & Mohd Zaki Abd. Rahman. 2021. Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1): 40-62.

Zuraidah Abdullah, Siti Nafsiah Shafee, Mohd Shahril Nizam Shaharom & Muhammad Faiza A. Ghani. 2019. Pengaruh pembelajaran akademik anak-anak keluarga fakir miskin di sekolah-sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan, 6(2): 44-70.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.