KECACATAN BIASA RUANG TANDAS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: ANALISIS KEADAAN BANGUNAN MENGGUNAKAN MATRIKS CSP1

A.R.M. Nasir, A.I. Che Ani, M. Surat, N.M. Tawil

Abstract


Fasiliti berasaskan tandas atau ruang tandas merupakan satu bentuk fasiliti asas yang sangat penting didalam sesebuah bangunan. Kepentingan fungsi serta kelebihan komponen dan kemudahan bangunan yang terdapat didalam ruang tandas bagi menyokong fungsinya merupakan perbezaan utama ruang tandas berbanding ruang lain. Keunikan ruang tandas dapat dilihat selepas sesuatu bangunan mula diduduki. Pada peringkat ini, isu berkenaan penyenggaraan tandas mula timbul terutama melibatkan bangunan awam termasuk bangunan institusi pengajian. Kadar penggunaan yang kerap berikutan kehadiran pelawat dan jumlah kakitangan yang ramai seringkali mengakibatkan kepincangan berlaku terhadap fungsi ruang tandas seterusnya tahap ketersediaan ruang tandas seringkali dipertikaikan. Aspek kebersihan dan kefungsian merupakan matlamat utama senggaraan ruang tandas. Dalam kitar hayat penyenggaraan, terdapat peringkat kerja-kerja pemeriksaan bangunan yang diperlukan bagi memastikan status fizikal semasa bangunan. Dalam konteks yang lebih luas, teori penilaian bangunan turut menekankan aspek pemeriksaan bangunan berdasarkan tahap dan petunjuk prestasi yang bersesuaian. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti piawai penilaian bangunan sediada iaitu JKR, ASTM, QLASSIC, CONQUAS, RICS dan SIRIM seterusnya membangunkan rangka-kerja konsep penilaian prestasi bangunan. Pemeriksaan fizikal pula dilakukan bagi menganalisis prestasi semasa ruang tandas di bangunan fakulti. Pemeriksaan keadaan telah dijalankan terhadap 66 ruang ruang tandas di Fakulti 1, Fakulti 2 dana Fakulti 3 di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi, Selangor. Metodologi yang digunakan adalah pemeriksaan visual berdasarkan alat pengukur keadaan bangunan Matriks CSP1. Hasil analisis berdasarkan frekuensi kecacatan mendapati wujud hubung-kait serta faktor kerosakan di antara komponen dan elemen didalam ruang tandas.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.